in

“Nasib ada 9 nyawa” – Tren Tergendala 2 Jam Setengah Sebab Ada Kucing Enggan Turun Dari Bumbung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral tentang seekor kucing yang telah menyebabkan sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas. Orang yang pernah bela kucing je yang tahu betapa banyaknya kerenah pelik haiwan comel ni.


Nampaknya kali ini kucing lain pula yang buat hal sehinggakan perjalanan sebuah kereta api di United Kingdom ni terpaksa ditangguhkan selama lebih dua jam, lapor Metro UK.

Difahamkan, kucing itu enggan turun dari bumbung tren berkenaan dan staf stesen kereta api itu terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ‘memujuk’ kucing itu turun.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Rabu lalu di stesen kereta api Euston setengah jam sebelum tren dijadualkan berlepas. Tren terbabit sepatutnya ke Manchester pada jam 9 malam. Tak pasal-pasal penumpang lambat ke destinasi gara-gara si comel ni. 

Difahamkan, kesemua penumpang juga dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat.

Menurut staf di situ, mata kucing itu terbeliak dan ia nampak takut sebab berada dekat dengan arus voltan elektrik yang digunakan untuk menggerakkan pengangkutan awam itu.

Kami selalu berdepan dengan masalah burung di dalam stesen namun sepanjang saya bekerja di sini, ini lah kali pertama ada masalah kucing,” kata Joe Hendry, pengurus stesen.

Namun, kucing terbabit akhirnya diselamatkan lepas tong sampah diletakkan di tepi gerabak untuk dijadikan tangga oleh haiwan itu.

Macam-macam hal betul geng kucing ni, nasib baik comel. 

Baca: Pesawat Terpaksa Buat ‘Emergency Landing’ Lepas Kucing Masuk Kokpit, Serang Pilot & Semua Kru Kabin 

Sumber: Metro UK
Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.