Umum mengetahui pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura kini berada dalam proses perceraian selepas tujuh tahun bersama.
Ketika prosiding cerai mereka baru-baru ini, pengurus kepada Fazura iaitu Iman Tang berkongsi meskipun wajah Fazura pada ketika itu kelihatan tenang namun dia sebenarnya banyak menyembunyikan emosi sebenarnya.
Artikel berkaitan: Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman
Artikel berkaitan: “Alhamdulillah, saya tenang” – Fazura Jawab ‘No Comment’, Hanya Tunggu Keputusan Mahkamah
Menerusi Kosmo!, Iman berkongsi Fazura sangat terkesan dengan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya dan kadangkala dia menangis ketika menceritakan perihal itu kepadanya.
“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum, takkanlah dia nak menangis. Sebenarnya dia memang sedih, setiap malam bersedih. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan air matanya itu.
Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Jadi janganlah kita salah mentafsir.
Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia telefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia lega, jangan tertekan dan memendam perasaan,” katanya.
Dalam pada itu, Iman turut berkongsi Fattah tidak pernah bercerita kepadanya perihal perkahwinan mereka sebaliknya hanya meminta nasihat berkaitan kerja.
Sebelum ini, sebutan kes perceraian dua pelakon itu dilakukan kelmarin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Bagaimanapun, mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober ini.
Sumber: Kosmo!