in

“Pekerja sedia ada boleh persoal” – Bos Mydin Ulas Cadangan Gaji Fresh Grad RM2,500 Perlu Diteliti

Gaji Fresh Grad Rm2500

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, kerajaan akan memperkenalkan gaji permulaan sebanyak RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir sebagai sebahagian daripada pembaruan kerangka pendapatan pekerja.

Cadangan penetapan gaji minimum terbabit dilihat mampu membantu golongan muda berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.


Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berpandangan cadangan gaji permulaan bagi graduan baharu itu perlu diteliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan ketidakseimbangan struktur gaji, khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Jelasnya, penetapan gaji berkenaan perlu mengambil kira skop pekerjaan, tahap kemahiran dan produktiviti seseorang pekerja, bukannya berdasarkan kelayakan akademik semata-mata.

Menurutnya, keadaan boleh menjadi rumit apabila graduan baharu menerima gaji sama atau lebih tinggi berbanding pekerja lama yang sudah mempunyai pengalaman dan memegang jawatan tertentu.

“Kalau pekerja yang sudah menerima gaji RM2,300 berasa selesa, kemudian graduan baharu masuk dan menerima gaji yang sama, keadaan ini boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan pekerja sedia ada.

“Majikan akhirnya perlu mempertimbangkan pelarasan gaji secara menyeluruh, bukan hanya untuk pekerja yang terlibat dengan kadar gaji minimum,” katanya.

Dalam pada itu, Ameer turut membangkitkan isu ketidakpadanan kemahiran (skill mismatch) antara kelayakan graduan dengan keperluan sebenar industri.

Menurutnya, kesukaran sesetengah graduan mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki kelayakan akademik menunjukkan masih terdapat jurang antara kemahiran tenaga kerja dengan permintaan pasaran.

Justeru, beliau berpandangan bahawa usaha meningkatkan gaji perlu disertai langkah memastikan kemahiran graduan benar-benar memenuhi keperluan majikan.

Screenshot 2026 10 12 170420

Artikel berkaitan: Belanjawan 2027: Ini 10 Manfaat Yang Bakal Diterima Rakyat Malaysia Pada Tahun Depan

Artikel berkaitan: “Tak ada guna kalau…” – ‘Fresh Graduate’ Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai

Beliau turut mengingatkan bahawa pelaksanaan dasar gaji tanpa mengambil kira kemampuan kewangan majikan boleh menambah tekanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang mempunyai sumber lebih terhad berbanding syarikat besar.

Bagaimanapun, Ameer menegaskan bahawa keperluan menaikkan gaji tidak boleh diketepikan kerana pendapatan yang tidak meningkat seiring kos sara hidup akan terus menjejaskan kuasa beli pekerja.

Terdahulu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa Jun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.