in

“Nampak macam Cik B” – Pandu Kereta Bawah Umur: Polis Siasat Remaja Bawa Kereta Dalam Posting FB Sayang-Sayang DSV

Bawah Umur Cikb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kes remaja atau kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan semakin lama semakin panas pulak. Lepas satu, satu pulak video yang muncul di media sosial.


Terbaru hari ini melibatkan usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida atau DSV yang mana sebuah video dirakam pada tahun 2018 kembali viral semula.

Menerusi posting di Facebook Sayang-Sayang DSV, seorang remaja dilihat memandu sebuah kenderaan mewah berhampiran kawasan Meru Hills, Ipoh. 

Saper yg pandai memandu sejak kecil?Ke dah 18 tahun baru g kelas memandu?..Atau sampai sekarang x de lesen?

Posted by Sayang-Sayang DSV on Sabtu, 24 November 2018

 

Susulan video berdurasi 33 saat yang kembali viral itu, pihak polis katanya sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan terbabit yang dipercayai masih bawah umur, lapor Astro AWANI.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta tapi model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Satu laporan polis dibuat Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video berkenaan. 

“Dalam video sama juga, terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan remaja tersebut,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor.

Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.

 

“Cerdik sangat gi rakam… sekali mendapat habuan” 

Apa-apapun, selepas melihat video berkenaan netizen dengan pantas membuat andaian bahawa pemandu kereta tersebut merupakan anak DSV iaitu Cik B. Hmm memang ada rupa-rupa Cik B lah sekali pandang… 

Cikbbb

Korang boleh teka tak siapa yang memandu tu??

Baca: “Stoplah being so CUTE” – Netizen Terlopong Tengok Imej Baru Cik B, LAWA BAK HANG!

Cikbhavocc

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.