in

“Nampak je bersih” – Makan Isikel Jadi Trend Baru Di TikTok, Jangan Ikut Sebab…

F3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan ada banyak yang kita boleh pelajari melalui platform media sosial TikTok. Ada yang kongsikan video masakan dan cara dekorasi bilik di platform video pendek tersebut. Namun, ada juga yang menyalahgunakan social media tersebut dengan melakukan benda-benda pelik yang boleh memberi pengaruh buruk kepada orang lain. Mungkin saja kot buat untuk tarik attention. 


Kali ini, ada pula yang sengaja makan isikel yang mengeras pada bumbung ketika musim sejuk di negara-negara yang mempunyai empat musim.

Isikel 1

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, isikel ialah ais berbentuk tirus yang tergantung di pokok dan bumbung. Isikel akan terbentuk apabila titisan air yang mengalir di kawasan itu membeku.

Isikel

Menurut perkongsian ahli meteorologi, Katie Nickolaou menerusi akaun Twitternya, @weather_katie, isikel memang nampak bersih namun sebenarnya ada banyak bakteria yang tersembunyi dari mata kasar. Dorang ni pun macam dah takde benda lain nak makan. 

Difahamkan, sebelum isikel terbentuk, air tersebut akan mengalir di atas bumbung. Korang imagine lah macam mana keadaan bumbung rumah tu, jarang lah orang bersihkan bumbung kan. Kadang-kadang tu, macam-macam jenis sampah ada kat atas bumbung. 

Selain itu, Katie juga mengatakan burung-burung juga gemar untuk membuang najis mereka di atas bumbung rumah. So, orang yang dah pernah makan isikel ni kiranya berkemungkinan besar dah termakan najis burung lah? Loya pulak tekak ni tiba-tiba. 

Isikel 2

Walaupun orang Malaysia takkan buat benda ni disebabkan ketiadaan musim salji di negara kita yang sentiasa panas, namun, mana lah tahu mungkin ada yang bercuti ke luar negara ketika musim sejuk dan terfikir nak buat benda yang sama. Jadi, korang semua kena lah sentiasa beringat. 

Dah masuk tahun baru 2021 pun ada lagi yang sanggup buat benda macam ni di media sosial. Perkara pelik macam ni sepatutnya dah tak berlaku lagi sebab manusia sepatutnya makin bertamadun. 

Baca: Remaja Lempar Kucing Demi Content TikTok, Akhirnya Ditahan Polis

Kucing

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.