in

Nama ‘Naik’ Sebab Didakwa Terlibat Kes Gangguan Seksual, Qawiy Nafi Sekeras-kerasnya

Syaz Ft 88

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular satu ciapan di aplikasi X yang mendakwa seorang influencer islamik terlibat dalam kes gangguan seksual dan ramai yang telah menjadi ‘mangsanya’.


Influencer yang dimaksudkan ialah Qawiy atau nama sebenarnya Abdul Qawiy Abd Rashit, beliau terkenal dengan video-video ‘tebuk’ mengaji Al-Quran di TikTok.

Artikel berkaitan: “Content paling hebat” – [VIDEO] Spontan Sambung Ayat Quran, Suara Pakcik Ni Buat Ramai Terpegun!

Artikel berkaitan: “Kenapa nak terasa?” – ‘Spill’ Kes Gangguan Seksual, Individu Dakwa ‘Influencer Islamik’ Ugut Saman?

Pun begitu, Qawiy menerusi laman Instagram miliknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial itu.

Cats 28

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di sosial media tentang Qawiy.

Ya, sepatutnya Qawiy tak perlu balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.

Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah,” katanya.

Dalam kenyataan di IG story itu, Qawiy berkata dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berhubung khabar angin tersebut namun terpaksa menjernihkan keadaan susulan fitnah yang melibatkan dirinya itu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.