in

“Content paling hebat” – [VIDEO] Spontan Sambung Ayat Quran, Suara Pakcik Ni Buat Ramai Terpegun!

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, TikTok merupakan platfrom yang paling popular sekarang ni. Ramai yang kongsikan macam-macam konten dekat sana sehinggakan nak cari maklumat pun ramai yang dah tak pakai Google pun!


Baru-baru ini, seorang tahfiz yang juga personaliti popular di TikTok telah kongsikan video pendek yang dibuat untuk program Al-Hijrah di mana dia telah pergi ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan mengajak orang untuk sambung baca ayat al-Quran dan memenangi RM50.

Video dari Abdul Qawiy di TikTok ini telah pun mendapat sebanyak 1.8 juta tontonan walaupun baru dimuat naik selama sehari.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Abdul Qawiy telah mengajak seorang budak lelaki untuk menyambung ayat Quran namun tak boleh dijawab sebelum bapa kepada kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan ini mengambil alih.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, belum habis terpegun dengan suara merdu Abdul Qawiy membacakan ayat Quran ni, netizen ramai yang teruja bila pakcik ini turut mempunyai suara yang lunak ketika dia sambung ayat tersebut. Fuhhh!

@abdqawiyaro

sambung ayat Quran dapat rm50 ??? @TVAlhijrah #quranrecitation #jomngajisikit

♬ original sound – Abdul Qawiy – Abdul Qawiy

Rata-rata netizen yang memberikan komen di video ini turut teruja dan memuji suara Ridhwan serta mengatakan bahawa mereka sangat sukakan konten seperti ini untuk diteruskan.

Screenshot 2022 09 26 At 12.13.37 Pm Down

Wow memang best betul dengar bacaan dorang. Ulang-ulang pun takpe!

 

Baca: “Sedapnyaa!” – Alunan Ayat Suci Al-Quran Oleh Budak Lelaki Main Skateboard Ini Buat Netizen Terpegun

2Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.