in

Nama Dipetik Berkait Kes Usahawan Hilang Cincin Berlian RM3.73 Juta Di Paris, Vivy Yusof Tampil Bersuara

Vivy Yusof Cincin Berlian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila akhbar Perancis melaporkan seorang ahli perniagaan wanita di Malaysia mendakwa cincin berlian miliknya yang bernilai lebih RM3.73 juta telah dicuri semasa dia menginap di sebuah hotel di Paris.


Namun, cincin berlian itu ditemui beberapa hari kemudian oleh pihak hotel, dijumpai di dalam beg pembersih hampagas.

Dakwa ahli perniagaan itu, dia meninggalkan cincin berliannya di atas meja pada hari kejadian lalu pergi membeli-belah di bandar selama beberapa jam sebelum mendapati cincin berkenaan sudah hilang.

Artikel berkaitan: Warga Malaysia Rugi Besar, Cincin Berlian RM3.73 Juta ‘Hilang’ Di Hotel Terkemuka Di Paris

Artikel berkaitan: Netizen Puji Vivy Yusof, ‘Reward’ Staf Cuti Dari 25 Disember Hingga 2 Januari

Insiden itu membuatkan orang ramai berteka-teki siapakah individu yang dimaksudkan di dalam laporan tersebut.

Ada yang mendakwa ahli perniagaan itu adalah usahawan terkenal Datin Vivy Yusof dan ada peminatnya yang bertanya mengenai hal itu untuk kepastian.

Screenshot 2023 12 28 164245 Screenshot 2023 12 28 164254 Screenshot 2023 12 28 164305

Tidak berdiam diri, pengasas tudung dUCK memberi respon menerusi IG Story berhubung dakwaan terbabit.

Vivy yang ketika ini sedang bercuti di Pulau Pinang mengatakan dakwaan itu tidak berasas dan melucukan.

Katanya, betapa mudahnya manusia mempercayai sesuatu yang dibaca dan lebih teruk lagi apabila membuat kesimpulan lalu terus menyerang individu tanpa usul periksa.

“Hal ini berlaku pada saya selama bertahun-tahun. Ini adalah sisi media sosial yang boleh memecah belahkan kemanusiaan kerana sikap prasangka yang menular. Dan tak pasal-pasal kita kumpul dosa,” katanya.

Screenshot 2023 12 28 164311 Screenshot 2023 12 28 164317

Difahamkan ketika insiden itu, pihak hotel menawarkan penginapan percuma selama tiga malam kepada usahawan wanita tersebut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.