in

Warga Malaysia Rugi Besar, Cincin Berlian RM3.73 Juta ‘Hilang’ Di Hotel Terkemuka Di Paris

cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melancong ke luar negara seperti Jepun dan Korea memang best! Namun, kita kenalah selalu berwaspada bila berada di negara orang agar barangan kita sentiasa selamat.


Baru-baru ni, seorang wanita warga Malaysia yang merupakan seorang businesswoman mengalami kerugian besar apabila cincin berliannya bernilai jutaan ringgit ‘hilang’ ketika melancong di Paris.

Hotel Ritz

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang menginap di sebuah hotel terkemuka iaitu The Ritz yang terletak di tengah-tengah Paris.

Menurut laporan dari Le Parisien, cincin berlian wanita tersebut bukan biasa-biasa di mana ia bernilai lebih 800 ribu dolar bersamaan RM3.73 tau!

edited img 5116harrywinston.jpg 760x0 q75 crop scale subsampling 2 upscale false

Artikel berkaitan: Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim

Artikel berkaitan: Ini Senarai Barang Kemas Yang ‘Dipinjam’ Rosmah

Pada awalnya, dia dikatakan telah mengikuti rombongan beli-belah yang diadakan di sekitar Place Véndome pada Jumaat minggu lepas.

Namun begitu, bila ahli perniagaan tu balik je ke bilik hotelnya, dia baru sedar cincinnya yang ditinggalkan atas katil telah pun hilang.

Berjam-jam lepas tu, dia pun bergegas ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian tersebut. Dia juga mendakwa bahawa barang kemasnya yang berharga itu telah dicuri oleh seseorang.

Kemudian, pihak polis bersama wanita itu kembali ke bilik hotelnya untuk mengumpul bukti dan melakukan siasatan awal.

“Semua petunjuk masih diperiksa, segala kemungkinan boleh berlaku.”

“Jika kami (polis) mengesyaki kecurian ini dilakukan oleh pencuri peringkat tinggi, briged anti-penyamun boleh mengambil alih kes ini.”

Sebenarnya, kes kecurian di Paris memang selalu terjadi. Sebagai contoh, seorang ahli keluarga diraja Saudi melaporkan yang barang kemasnya bernilai 900 ribu dolar turut dicuri dalam hotel sama pada September 2018.

Selain itu, selebriti terkenal, Kim Kardashian juga pernah dirompak barang kemasnya ketika menginap di sebuah hotel berdekatan yang sehingga kini masih tak dijumpai lagi.

Jadi, korang yang nak pergi bercuti tu make sure sentiasa utamakan keselamatan diri dan barang-barang korang. 

Sumber: Kosmo, People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.