Beberapa anggota yang diaktakan dari Majlis Perbandaran Seremban dirakam sedang mendera anjing liar telah mendatangkan kemarahan orang ramai!
Menurut Sin Chew Daily video tersebut telah dimuat naik melalui satu group Facebook Seremban, dalam perkongsian tersebut netizen memberi amaran kepada penduduk untuk menjaga anjing peliharaan mereka dengan teliti.
Tendang anjing sebelum diperangkap
Dalam video itu, dapat dilihat bahawa pengawal anjing telah ditangkap dengan jaring, namun, mereka tidak meneruskan untuk meletakkan anjing itu ke van mereka. Sebaliknya, dua pengawal mula memukul dan menendang anjing itu.
Menurut WORLD OF BUZZ, anjing itu bergelut cuba nak melarikan diri, ia tak dapat nak lawan sebab kalau diperhatikan anjing itu dalam keadaan ketakutan.
Kemudian, ada pemandu van cuba bawa laju dan brek mengejut cuba nak sergah anjing itu. Seorang anggota Majlis Perbandaran Seremban, Ho Weng Wah menjelaskan bahawa penangkap anjing patut ikut peraturan. Mereka dilarang sama sekali membuli dan mengganasi haiwan.
Dalam pada itu juga dia juga memberikan amaran kepada pengangkap anjing liar, memandangkan banyak isu sebegini terjadi. Tambahnya lagi, Pegawai Majlis Perbandaran harus ‘turun padang’ untuk pantau proses menangkap anjing.
Kalau dapat tengok dekat rakaman tu, tak ada pun pegawai dalam vudeo tu.
Bagaimanapun, kurang pasti samada ada pegawai terlibat atau tidak untuk pantau masa dalam insiden ni. Jadi, Ho akan cuba dapatkan penjelasan terhadap isu ini.
Dalam pada itu, Ho menyarankan kepada orang awam juga untuk merakam jika ternampak penangkap anjing mengganasi haiwan liar dan buat laporan polis serta Majlis Veterinar Malaysia supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.