in

“Nanti kat akhirat, dia tolong awak balik” – Netizen Sayu Jimmy Shanley Bantu Kucing Cedera Teruk Dilanggar

Jimmy Kucing Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Jimmy Shanley telah memuatnaik beberapa keping gambar seekor kucing yang berada dalam keadaan teruk, dipercayai telah dicederakan atau dilanggar oleh mereka yang tak berperikemanusiaan.


Hairan kucing tak lari ketakutan

Menurut Jimmy, dia sedang memandu apabila nampak seekor kucing yang terkulai layu di tepi jalan. Hairan dengan kucing itu yang langsung tak lari ketakutan apabila kenderaan lalu lalang di hadapannya, Jimmy pun berhenti untuk memeriksa kucing itu.

View this post on Instagram

“Boleh je kalau pentingkan diri sendiri, bukan aku yang langgar pun, aku takde masa arrr nak layan binatang ni, dengan darah meleleh abis kotor kete aku, kang jumpa Doktor kena bayar lak” semua mungkin terlintas pada pemikiran bila nampak seekor kucing terkulai layu di tengah jalan petang semalam… sebagai manusia biasa saya memang ada ‘soft spot’ ngan kucing yang mengalami masalah ?? tengah memandu tetiba nampak seekor kucing duduk di tengah jalan tidak berlari ketakutan pada kenderaan lalu lalang, hairan juga jadi saya hentikan kereta dan pergi ke kucing tu emmm tercedera dimana ekor dah berpisah ngan badannya… cuba angkat dan kucing sikit pun tak melawan mungkin dia hanya mampu berserah sahaja, tak fikir panjang saya letak ditepi jalan dan saya terus cari klinik haiwan untuk menanya tutup jam berapa dan rawatannya sebab saya kena ke ‘airport’ hantar mertua dan saya pun tidak ada kotak dalam kereta… klinik bagi kotak terus ambil kucing ditempat asal dan bawa ke klinik… Doktor timbang kucing tu dan periksa dalamannya dan memberitahu kucing ni ada ‘brain damage’, pernafasan pun amat laju, kecederaannya amat teruk dimana Doktor tak mampu nak menjahit pada bahagian yang tercedera dan peluang dia nak hidup 50-50 dan dia nasihatkan saya untuk tidukan kucing ini buat selamanya… saya terpaksa akur dengan pendapat Doktor tersebut, Doktor bertanya nak temankan kucing tu dalam proses tidurkan dia? Saya terus cabut tapi fikir balik saya juga yang akan bawak balik kucing ni jadi saya masuk balik dan Doktor terus cukur sebahagian bulu pada peha kanannya dan berikan suntikkan untuk tidurkan kucing tu ? tak sampai 5 saat kucing itu sudah tiada ? ?? kepada yang membaca sila bantu kucing yang memerlukan bantuan, anda adalah insan terpilih untuk membantu mereka ?? terima kasih pada yang perihatin ??

A post shared by ?#AdidasSpezial ?@curidose (@jimmyshanley) on

Nyata, kucing itu tercedera dan ekornya dah terpisah dengan badan. Sedihnya!

‘Brain damage’, pernafasan laju

Tak fikir panjang, Jimmy terus bawa ke klinik haiwan berhampiran walaupun terpaksa pergi hantar mertua ke lapangan terbang.

Di klinik, doktor kata peluang kucing itu untuk hidup cuma 50-50.

Kucing 1
sumber: instagram
Kucing 2
sumber: instagram

Kecederaannya amat teruk – ada brain damage dan pernafasan pun laju. Akibat kecederaannya yang dah teruk, doktor pun tak mampu nak jahitkan semula.

Doktor nasihat tidurkan untuk selamanya

Atas nasihat doktor, kucing itu terpaksa ditidurkan selamanya. Dan tak sampai 5 minit, kucing tu pun dah tak ada.

Sebagai seorang pencinta kucing, mesti Jimmy sedih sangat terpaksa berdepan dengan perkara ni.

Kucing 3.1
sumber: instagram

Dia juga sempat meminta peminatnya untuk bantu kucing yang memerlukan bantuan dan turut berterima kasih kepada mereka yang prihatin.

“Nanti kat akhirat, dia tolong awak balik”

Sedih dengan keadaan itu, rata-rata peminat Jimmy menyokong apa yang dibuat.

Walaupun ada yang menganggap perbuatan itu kelihatan kejam mungkin juga itulah apa sebaik-baiknya untuk si comel. Lagipun doktor yang dah nasihatkan, bukan Jimmy yang buat keputusan sendiri.

Kucing 4
sumber: instagram
Kucing 6
sumber: instagram

Tapi tak kurang juga ada yang mengecam sikap pelaku. Macam mana sekalipun, kita sebagai manusia kena selalu beringat hidup kita di dunia ni bukan perlu berbaik-baik sesama manusia saja.

Malah haiwan kesayangan Nabi saw juga merupakan seekor kucing, jadi apa hak kita untuk berlaku kejam pada mereka?

Baca: Ikat Leher Sampai Nak Putus! Kenapa Ramai Sangat Suka Dera Kucing?

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.