in

Nak Betulkan Salah Faham Konflik Israel-Palestin, Israel Ingin Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

No Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia, Indonesia dan Brunei adalah antara negara yang  mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara.


Tiga negara ini juga antara yang kuat mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin pada bulan lalu.

Walau bagaimanapun, Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni dalam tembual dengan akhbar The Jerusalem Post berkata, Israel kini bersedia untuk menjalin hubungan dengan tiga negara Islam ini untuk membolehkan regim Yahudi tersebut memperbetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin, lapor Berita Harian.

Israel

Karni berkata, kritikan pemimpin tiga negara itu ‘tidak jujur’ dan tidak berasaskan keadaan sebenar konflik yang beliau sifatkan sebagai konfrantasi antara Israel dan Hamas dan bukan Israel dengan semua warga Palestin.

Hamas adalah sebuah pertubuhan anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya.

Menurutnya lagi, satu-satunya cara untuk mempunyai pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat ialah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel.

“Kami bersedia berbincang dan bertemu, saya tidak fikir pemimpin negara terbabit sukar untuk menghubungi kami,” katanya lagi.

Sebelum ini, Malaysia, Indonesia dan Brunei telah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan bagi hentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

1505 Muhyiddin Fw1164748 Kl32 15052021 Pm Lpr Seo

Tiga negara ini juga tidak mempunyai sebarang pertalian rasmi dengan Israel dan berulang kali meminta penjajahan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat ditamatkan.

Dalam pada itu, Israel mempunyai kedutaan di negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina.

Empat negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi telah bersetuju jalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang dikelolakan oleh Amerika Syarikat.

Uish nak jalin hubungan pulak? Apa pendapat korang?

Baca: Wanita Israel Terkejut Pasport UK Tukar Tempat Kelahirannya Jadi ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’

Britain

Sumber: BH
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.