in

Najib Tolak Berpelukan Dengan Pakcik Tua? Netizen Kecoh Berdebat di Media Sosial

Netizens Debating Whether Najib Shouldve Hugged The Old Man In Viral Video World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Najib Tolak Berpelukan Dengan Pakcik Tua? Netizen Kecoh Berdebat di Media Sosial
Loading
/

Peluk dan membalas pelukan orang lain ialah perkara common bagi mana-mana orang ke majlis sosial, terutamanya dalam kalangan mak-mak datin. Mesti kena kiss pipi kiri, kiss pipi kanan lepas tu hug erat-erat dengan bff rapat. Tapi kalau korang Perdana Menteri sebuah negara, benda ni tak semudah yang disangka walaupun hanya pelukan biasa dengan rakyat.


P2 Main 2602Nv Pg02B Nava 1
sumber: wob

Dua hari lepas (18 April), seorang netizen bernama Muhd Rafizi dah memuat naik satu video dalam grup Facebook ‘Penduduk Sungai Petani’. Video 40 saat tu menunjukkan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Razak sedang melalui kumpulan orang ramai kat salah satu event Barisan Nasional (BN) yang tak diketahui di mana lokasinya.

Najib tolak dipeluk pakcik?

PM Najib dengan bangganya dilihat bersalaman dengan rakyat sementara bodyguardnya mengawasi di kiri dan kanan. Secara tiba-tiba, datang seorang pakcik daripada orang ramai tadi nak memeluk PM yang kita sayangi ni. Mesti pakcik first time kan jumpa PM?

Tup-tup pergerakan pakcik tu seakan-akan ditolak, walaupun PM Najib dilihat seperti menyentuh belakang pakcik tu untuk berpeluk. Opsss! Bodyguard Perdana Menteri apa lagi, terus beraksi pantas dengan menarik pakcik tadi ke belakang barisan dan PM Najib pulak dilihat bersalaman macam biasa dengan rakyat yang lain. Korang tengoklah sendiri video di bawah ni:

Netizen berdebat tak puas hati tindakan Najib

Seperti biasa, video viral ni telah mendapat sebanyak 11,000 shares dengan netizen kebanyakannya berdebat sama ada PM Najib patut atau tidak balas pelukan pakcik tua tu. Ada di antara netizen yang kasihan dengan nasib pakcik tua tadi kerana dimalukan di hadapan orang ramai. Ada jugak yang berpendapat bodyguard PM hanya menjalankan tugas dorang untuk melindungi Najib.

Sop

Sop 2

Sop 3
sumber: facebook

Hmm korang rasa macam mana? Betul ke PM Najib tolak pakcik tu terlebih dahulu sebelum bodyguard dia mula bertindak? Dan patutkah PM Najib balas pelukan pakcik tua tu walaupun SOP seorang PM bukan ke tak boleh nak berpeluk dengan crowd sebab terdedah dengan macam-macam bahaya.

Giphy 17

Papepun bersangka baik jelah dengan PM kita tu. Tak baik tuduh yang bukan-bukan tau. Takkanlah PM Najib sengaja nak sombong dengan rakyat yang disayangi. Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruang komen ye! 

Baca: Akibat Kutuk Najib dan UMNO, Lelaki Ni Kena Tahan dan Akaun Twitter Dirampas 

Twit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.