in

[TERKINI] Naik Lagi! Malaysia Catat 7,654 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (6 Julai), Malaysia telah mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi angka 7k dengan jumlah kes positif yang dilaporkan sebanyak 7,654 kes.


Untuk pengetahuan korang, kali terakhir Malaysia mencatat kes positif harian melebihi 7,000 adalah pada 5 Jun lepas dengan kes sebanyak 7,452.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi Twitter rasminya.

Ini menjadikan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini meningkat ke 792,693 kes.

Berdasarkan pecahan kes yang dikongsikan oleh Dr Hisham, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur 1,550 kes dan Kedah 337 kes.

Negeri dengan kes terendah pula merupakan Perlis yang melaporkan sebanyak 2 kes hari ini diikuti Putrajaya 33 kes, Terengganu 61 kes dan Labuan 82 kes.

Macam yang korang tahu, sebanyak 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Langkah ini dibuat bagi membendung kes yang semakin meningkat di dua negeri ini.

Harapnya, selepas dua minggu akan nampaklah penurunan kes di Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Baca: [TERKINI] Naik Balik, Malaysia Catat 5,841 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Screenshot 2021 07 06 At 4.08.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.