in

[TERKINI] Naik Balik, Malaysia Catat 5,841 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini (24 Jun) Malaysia telah mencatatkan kes harian Covid-19 menghampiri angka 6k dengan jumlah kes positif sebanyak 5,841 kes.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia telah meningkat ke 716,847 kes.

Berdasarkan pecahan kes yang dikongsikan, Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah sebanyak 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 787 kes, Sarawak 581 kes dan Kuala Lumpur 552 kes.

Manakala negeri dengan kes terendah pula merupakan Perlis dengan 5 kes, Putrajaya 17 kes dan Terengganu 29 kes.

Negeri-negeri lain pula mencatatkan jumlah kes harian sebanyak tiga angka.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa bimbang kerana selepas 24 hari Malaysia menjalani total lockdown, angka kes positif masih tak menunjukkan penurunan yang ketara atau secara menerus.

Screenshot 2021 06 24 At 3.03.03 Pm Down

Selain itu, jumlah kes sembuh dan kes kematian hari ini akan diumumkan oleh KKM petang nanti.

 

Baca: [TERKINI] Kes Naik Semula, Malaysia Catat 6,440 Kes Harian Covid-19

Screenshot 2021 06 24 At 3.05.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.