in

Nahas Elmina: Waris ‘Food Rider’ Terima Pencen Bulanan Perkeso RM1,894.75 Mulai September

Ft Keluarga Nahas Elmina Food Rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli keluarga penghantar makanan yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh bakal menerima dua bayaran pencen bulanan Perkeso sebanyak RM1,894.75 mulai September.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menjelaskan bahawa bayaran akan dibuat bermula dari tarikh Muhamad Hafiz meninggal dunia dalam tragedi itu pada 17 Ogos lalu.

Screenshot 2023 08 28 161809

“Kali terakhir rekod caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerja ketika berkhidmat di syarikat logistik Akta 4 dengan kali terakhir Jun 2021, manakala kedua melalui Akta 789 sejak 10 Mei 2021 di bawah inisiatif kerajaan.”

“Mangsa meninggal ketika mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri melayakkan mangsa menerima faedah RM1,116.

“Namun, semakan Perkeso mendapati, beliau turut memiliki kelayakan Pencen Penakat RM778.75 dengan rekod caruman terakhir pada Jun 2021 sewaktu berkhidmat di syarikat logistik,” katanya kepada Harian Metro saat menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Hafiz di rumah mereka di Taman Sidam Kiri di Sungai Petani Kedah, hari ini.

Screenshot 2023 08 28 162205

Dalam pada itu, Dr Mohammed Azman turut berkata bahawa bayaran sebanyak RM1,894.75 itu akan diterima bapa dan ibu Muhammad Hafiz iaitu Muhamad Salleh Othman, 57, serta Jamilah Ismail, 53, dan adiknya, Muhammad Hamidi, 20.

“Sepatutnya semua pemandu e-hailing dan p-hailing mengambil iktibar dengan kemalangan yang berlaku kerana kita pun tak sangka dan malang tidak berbau.

“Berdasarkan rekod Perkeso, jumlah pengangkutan penumpang yang aktif di negara ini adalah 700,704 orang tetapi yang mendaftar dengan Perkeso hanya 208,818 orang atau 29.8 peratus saja.”

Sekadar info, dalam insiden 2.50 petang itu, 10 mangsa disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran Bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie, Shah Alam, Selangor.

Baca : Cantik Ibarat Pelangi, Penggali Kubur Kongsi Rupa Liang Lahad Juruterbang Nahas Elmina

Liang Lahad Juruterbang Elmina 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.