Kenaikan harga barangan terutamanya melibatkan keperluan asas telah memberi kesan kepada peniaga dan juga pembeli.
Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang mana seorang individu berkongsi pengalamannya membeli dua bungkus nasi lemak tepi jalan pada harga RM40.
@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @han_aziz, dia mengatakan bungkusan pertama dikenakan caj RM18 iaitu lauk sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah.
Manakala bungkusan kedua, dia mengambil lauk ayam goreng, sambal sotong, rendang daging dan nasi tambah pada harga RM22.
“So macam mana guys. Renung-renungkanlah nasi lemak kita sekarang mahal. Okey bye-bye,” ujar Han Aziz.
Difahamkan nasi lemak berkenaan dibeli dari gerai di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menerusi video lain, dia telah membeli nasi lemak dengan lauk yang sama di gerai lain tetapi mendapat harga yang lebih berpatutan.
@han_aziz_ Replying to @saniimran200 sorry bang, mungkin saya terbeli kat kedai kayangan semalam. #nasilemakfamous #tamandanaudesa #tamandesa
Perkongsian video tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen mengenai harga nasi lemak itu. Ada yang beranggapan bahawa harga tersebut berpatutan dengan segala lauk yang diambilnya.
Namun, ada juga bersetuju dengan lelaki itu dan merasakan harga tersebut ‘cekik darah’ untuk nasi lemak tepi jalan.
Dalam pada itu, netizen turut meminta dia berpada-pada dalam mengambil lauk sekiranya mahu membeli makanan pada harga yang lebih murah.
Menerusi video berasingan, Han tidak percaya ramai yang ‘menormalkan’ harga sebegitu dengan mengaitkan harga bahan mentah mahal sedangkan ada peniaga yang bersetuju harga nasi lemak berserta lauk tersebut dirasakan agak mahal.
Apa pendapat korang pula?