in

“Murah gila!”- [VIDEO] Hampir 2 Juta Tontonan, Ramai Terliur Tengok Nasi Kerabu 6 Lauk Harga RM9.90 Ni

Ft Kerabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Negeri Kelantan. Nasi kerabu sekarang bukan ada dekat Kelantan sahaja malah dia sudah melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia.


Nasi kerabu mempunyai banyak lauk. Kebiasaannya ia dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng dan ada juga dimakan dengan daging bakar. Ditambah pula dengan telur masin, budu, solok lada dan ulam-ulaman yang lain.

“Mahal pun orang beli”

Jadi memang logik la kalau harga nasi kerabu ni mahal. Di semenanjung, harga nasi kerabu dengan lauk yang lengkap ada sampai mencecah RM20 satu set. Fuh memang mahal…

Paling mengejutkan, semalam, dalam perkongsian @ajimo, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan satu kedai yang menjual nasi kerabu dengan harga yang sangat murah di Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

@ajimo

Nasi kerabu 6 lauk, harga bawah Rm10? #MyFoodie #FoodReview

♬ original sound – Tasty Food Videos? – Tasty Food Videos?

“Jauhnya kalau nak pergi…”

 

Kedai yang diberi nama Kak Zah Nasi Kerabu itu menjual nasi kerabu dengan harga serendah RM10 dengan 6 lauk lengkap. Antara lauk yang dihidangkan ialah ayam bakar madu, daging bakar, ikan goreng telur masin, bawang putih dan solok lada selain budu dan ulaman. Macam tak percaya harga nasi kerabu tu, murah sangat!

@ajimo yang merupakan salah seorang pelanggan Kak Zah Nasi Kerabu telah viralkan kedai itu di akaun Tiktok miliknya. Ramai juga yang minat nasi kerabu.

Video yang berdurasi hampir seminit ini mendapat hampir 2 juta tontonan di Tiktok. Video ini menjadi bualan netizen kerana mereka sangat terkejut kerana harga yang diberikan oleh kedai tersebut tak masuk akal.

“Dekat sini mahal gila”

Ada netizen yang berkata di ruangan komen video tersebut bahawa harga macam tu tak boleh dapat dekat negeri lain sebab nasi kerabu susah nak dapat. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi tapi pengeluaran nasi kerabu kurang dekat negeri selain Kelantan.

Antara komen lain yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Kerabu

Kedai Kak Zah Nasi Kerabu itu berada berhampiran dengan Billion Tanjung Chat, Kelantan. Bagi yang duduk berhampiran situ, boleh la try dan support bisnes akak tu. Yang negeri lain jangan nak ngada-ngada rentas negeri ye.

Semoga bisnes akak ni berjaya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Kalau ada rezeki min nak try la lepas PKP.

Baca: https: “Cinta tak kenal usia” – [VIDEO] Beza 25 Tahun Pemuda Kahwin Dengan Cikgu Sendiri

Cikgu E1629345681339

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.