in

“Cinta tak kenal usia” – [VIDEO] Beza 25 Tahun, Pemuda Kahwin Dengan Cikgu Sendiri

Fi Kahwin Dgn Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita nak cakap pasal jodoh, rezeki, ajal, semuanya memang menjadi rahsia Allah S.W.T dan tiada siapa yang dapat ramal apa akan jadi nanti.


Bercakap soal tak boleh nak ramal, sama seperti kisah ni yang mana seorang murid ni bertemu jodoh dengan cikgunya sendiri.

 

Selalu ambil gambar bersama

Baru saja beberapa jam dimuat naik ke media sosial, tapi posting mengenai pertemuan jodoh antara anak murid dan seorang cikgu ni memang menjadi perhatian netizen.

Video mengenai perkara itu dikongsikan melalui akaun @Samballana Bistro, dan ia menunjukkan gambar-gambar yang telah digabungkan menjadi sebuah video terhadap perkenalan mereka berdua ini.

Dalam video tersebut, difahamkan bahawa seorang remaja lelaki itu merupakan pelajar di sebuah sekolah dan dia selalu mengambil gambar dengan cikgunya tersebut. Sejak dari situ, mereka berdua ni lebih banyak ambil gambar bersama.

Kahwin Dgn Cikgu 1

 

Beza umur lebih 25 tahun

Tapi agak mengejutkan pada tahun 2020, mereka berdua ni bertemu jodoh dan disatukan dengan ikatan yang sah. Mungkin kita dah pernah dengar, pelajar kahwin dengan cikgu beza umur setakat beberapa tahun.

Walau bagaimanapun, paling mengejutkan adalah bila mereka berdua ni sebenarnya mempunyai jarak umur sebanyak 25 tahun. Jauh gila wehhh.

“Dulu cikgu saya, sekarang isteri saya!” 

@samballana_bistro78

Isteriku Guruku ? ? #krukkrapmysamballana #UnfoldChallenge #bangkitkanbisnesanda #myfoodie

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Sejak artikel ni ditulis, video tersebut dah dimuat naik lebih kurang selama 6 jam tapi dah peroleh hampir 1 juta views di TikTok.

 

“Kalau marah istri takut ilmu tk berkat”

Di ruangan komen, ternyata rata-rata netizen terkejut dengan posting itu. Ramai yang masih tak percaya sebab perkara ni agak rare di negara ni, dan ada juga yang bergurau bahawa lelaki tu tak boleh marah isterinya nanti sebab takut ilmu di sekolah dulu tak berkat.

Reak Kahwin Dgn Cikgu 4 Edit Reak Kahwin Dgn Cikgu 3 Edit Reak Kahwin Dgn Cikgu 1 Edit Reak Kahwin Dgn Cikgu 2 Edit

Siapa belum jumpa jodoh tu jangan risau, mungkin dia lambat lahir je tu hehehe.

 

Baca : [VIDEO] Selalu Ambil Gambar Bersama Di Sekolah, Lelaki Kahwin Dengan Cikgu Sendiri Walaupun Beza 14 Tahun

Foot Kahwin Dgn Cikgu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.