in

“Mungkin sana panas kot” – [VIDEO] Penyampai Berita BBC Kantoi Pakai Boxer Sewaktu Siaran Langsung

Fi Bbc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang memang betullah perkara yang kita rancang ni tak semestinya menjadi. Lagi-lagi kalau perkara tu terjadi kepada mana-mana orang dikenali dan berlaku secara live, mesti akan jadi perhatian ramai.



Seakan sama dengan kisah seorang penyampai berita ini apabila dia ‘ditangkap’ tidak memakai pakaian lengkap ketika hendak bersiaran secara langsung.

 

Kantoi pakai boxer tengah live

Seorang penyampai berita bagi stesen BBC ini mungkin, berdepan pengalaman memalukan sepanjang dia bekerja apabila kantoi pakai boxer ketika siaran langsung.

Perkara ini terjadi kepada penyampai berita Shaun Ley, berumur 51 tahun apabila dia ketika itu sudah bersedia untuk muncul di kaca televisyen seperti biasa.

Bbc 2

Mungkin bukan nasib baiknya pada hari tersebut, terlihat kamera ketika itu terlambat untuk switch dan menunjukkan bahagian sisi Shaun.

Dalam sebuah video yang telah viral, dia dilihat memakai pakaian yang kemas pada bahagian atas siap dengan tie namun bahagian bawahnya lain pula tapi siap memakai kasut lagi. Kenapa alang2 dia tak pakai selipar je eh?

 

Kebiasaannya ketika nak bersiaran secara langsung, penerbit akan gunakan view dari kamera tepi selama beberapa saat sebelum menggunakan view dari kamera utama di depan penyampai berita tersebut.

Tapi nasi dah jadi bubur, mungkin Shaun sendiri tak sedar perkara memalukan itu masuk dalam televisyen secara live. Dah kantoi satu dunia tengok.

Walaupun hanya beberapa saat, kejadian mengaibkan ini menjadi bualan netizen dan turut ada membahaskannya di Twitter.

Nasi dah menjadi bubur, nak buat macam mana kan? Kita husnudzon saja lah mungkin dekat sana cuaca terlampau panas sekarang.

Sumber : YouTube, Twitter, METRO UK

 

Baca : Gigi Penyampai Berita Tercabut Ketika Siaran Langsung

Foot Bbc

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.