in

“Mungkin ini mak cik kiah kita cari”- Anak Tempatan Cipta Robot Mak Cik Kiah-19 Untuk Kurangkan Beban & Risiko Fronliner

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sejak dua menjak ni, nama mak cik kiah semakin ‘famous’ dalam kalangan netizen, mana taknya nama tersebut yang disebut-sebut sewaktu TSMY mengumumkan pakej rangsangan prihatin buat rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, ada satu robot yang dicipta oleh anak tempatan ini pun dinamakan Mak Cik Kiah-19 (MCK19) juga tau.

 

Makcik Kiah pun frontliner tau, bantu pesakit Covid-19

Mak Cik Kiah-19 (MCK19) ini dicipta sebagai penghantar makanan kepada pesakit Covid-19, lapor Berita Harian.

Robot ini dicipta daripada hasil kerjasama diantara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM), dan DF Automation And Robotics Sdn.Bhd (DF).

Idea penghasilan Mak Cik Kiah-19 ini tercetus apabila melihat kesusahan ‘frontliner’ dalam menjalankan kerja yang berisiko ini.

Oleh itu diharap hasil ciptaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko yang dihadapi golongan tersebut.

Penggunaan MCK19 akan mengurangkan pendedahan profesional dan petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan kepada pesakit dalam pemantauan (PUI) yang berisiko tinggi dijangkiti dan perlu diasingkan.

Ia juga mengurangkan keperluan kepada kelengkapan perlindungan diri (PPE) berikutan hospital di peringkat global kini mengalami kekurangan bekalan,” – Prof Madya Dr Yeong Chei Fai

 

Perincian Robot

Difahamkan projek MCK-19 itu dimulakan sejak PKP berlangsung pada 18 Mac lalu.

Robot ini dikatakan mampu menampung berat sebanyak 300 Kilogram dan ianya dilengkapi dengan sistem navigasi.

MCK19 menggunakan Zalpha, robot komersial DF yang berupaya menampung berat sehingga 300 kilogram (kg) atas raknya dan mampu melakukan navigasi secara automatik untuk membantu doktor dan jururawat menghantar makanan dan ubat-ubatan ke bilik pesakit.” – Prof Madya Dr Yeong Chei Fai

Tambah istimewa lagi, robot ini mampu menghubungkan diantara pesakit dan doktor melalui paparan skrin pada MCK19.

 

Perancangan masa hadapan

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan MCK19 ini akan diuji dahulu di Hospital Cancelor Tunku Muhriz pada jumaat ini.

Selepas ianya berjaya mereka akan menambahkan aplikasi di dalam robot ini dan akan diedarkan ke semua hospital di seluruh Malaysia bagi membantu ‘frontliner’ dalam merawat penyakit Covid-19.

MCK19 djangka diuji di HCTM akhir minggu ini. Sekiranya robot ini boleh digunakan, DF komited mengeluarkannya secara besar-besaran untuk dibekalkan ke hospital di Malaysia atau mana-mana organisasi yang memerlukannya.” – Prof Madya Dr Yeong Chei Fai

 

Baca: Motorola Razr Is Back! Handphone Flip Paling Legend Zaman 2000an Ni Katanya Bakal Kalahkan Samsung??

 

Sumber: UTM
Sumber: UTM
Sumber: UTM
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: