Semakin hari semakin tiada tanda-tanda trend kenaikan kes COVID 19 di Malaysia ini bakal menurun.
Lebih membimbangkan, kes COVID 19 di Selangor pula semakin lama semakin meningkat. Malah boleh dikatakan hampir kesemua mall dan pasaraya di Lembah Klang ini mempunyai sejarah jangkitan COVID 19.
Menurut New Straits Times, pakar menjangkakan trend penurunan kes COVID 19 di Selangor mungkin dapat dilihat selepas 4 ke 6 minggu akan datang. Malah ini juga bergantung kepada kepatuhan kita terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Namun bagi negeri Sabah, perkara ini mungkin mengambil masa yang agak lama kerana kes di sana masih lagi tinggi.
Pakar epidemiologi, Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, semua ini kerana ia agak susah untuk menjangkakan berapa lama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilakukan sebelum trend penurunan kes ini dapat dilihat.
“Tidak semua daerah di Selangor ada kes, namun trend COVID 19 di negeri ini terus meningkat. Belum menunjukkan kadar jangkitan di negeri ini mencapai kemuncak,” katanya.
Jelas beliau lagi, kemuncak kepada jumlah COVID 19 hanya boleh dilihat apabila kadar jangkitan di sesebuah kawasan berkurangan dari seminggu ke seminggu.
Kita berharap hasil daripada PKPB, kawasan hijau di Selangor tidak bertukar kepada kuning,” katanya lagi.
Bila disoal adakah tempoh 2 minggu ini cukup untuk mengesan dan membuat ujian kepada mereka yang pulang dari Sabah, Dr Awang Bulgiba berkata perkara ini agak terlambat untuk dilakukan lagi.
“Ia sudah terlambat – banyak yang pulang minggu lepas. Dalam 400 orang disahkan positif COVID 19 dan 60% daripadanya ialah mereka yang pulang sebelum 27 September lalu.
“Segmen ini mungkin asymptomatik dan telah menyebarkan virus tersebut kepada orang lain tanpa mereka ketahui.
“Jadi kita tidak mampu lagi mengagak berapa banyak masa yang diperlukan untuk mengesan kesemua yang pulang dari sana sebelum perintah kuarantin di rumah dan pengujian COVID 19 diadakan kepada mereka dan kontak rapat mereka,” jelasnya.
Menurutnya lagi, bukan SOP atau PKPB yang menjadi masalah tetapi pematuhan orang ramai terhadap perkara ini.
Marilah kita doakan yang terbaik buat para frontliners dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Kita lawan COVID 19!
Baca: “Bukan 63 kes” – One Utama Tepis Khabar Angin, Hanya Catat 22 Kes Positif Covid-19