in

“Bukan 63 kes” – One Utama Tepis Khabar Angin, Hanya Catat 22 Kes Positif Covid-19

Ou5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan ada desas desus mengatakan bahawa pusat membeli belah 1 Utama mencatatkan 63 jumlah kes positif Covid-19 ,1 Utama Shopping Centre tampil memberikan keterangan menerusi laman Facebook mereka untuk menepis khabar angin tersebut dan menceritakan hal sebenar.


Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Petaling bertarikh 14 Oktober 2020 berkenaan dengan kes Covid-19 di 1 Utama, mereka menjelaskan bahawa ianya disalah tafsir.

Ou3

Dakwaan yang mengatakan kes Covid-19 yang datang daripada 1 Utama itu tidak benar.

Pihak mereka telah menjalankan ujian saringan kepada 6,000 orang termasuk penyewa dan pekerja selama 2 hari (11-12 Oktober 2020) dan ia telah mencatatkan sebanyak 21 kes positif Covid-19.

20 orang yang terdiri daripada staff dalam mall dan seorang lagi terdiri daripada pihak pengurusan. Kesemua 21 kakitangan ini telah dikuarantinkan dibawah pengawasan KKM.

[COVID-19 OFFICIAL STATEMENT BY]:1 UTAMA SHOPPING CENTRE, 15 OCTOBER 2020 – Clarification on JBPD Petaling’s Covid-19…

Posted by 1 Utama Shopping Centre on Rabu, 14 Oktober 2020

Dalam pada itu, 1 Utama juga perjelas bahawa laporan JBPD yang mengatakan 44 kes positif daripada pengawal keselamatan pusat membeli itu disalah erti.

“44 kes positif pengawal keselamatan yang disebutkan dalam laporan JBPD Petaling TIDAK berasal dari 1 Utama dan bukan merupakan sebahagian daripada 6,000 ujian saringan besar-besaran yang kami jalankan.”

Kata pihaknya, mereka adalah pengawal kontrak dari pihak ketiga, dimana jangkitan Covid-19 itu terjadi melalui asrama dan bukan di dalam premis 1 Utama.

Ou2

Ketika diberitahu oleh KKM bahawa ada 1 pengawal keselamatan disahkan positif, pihak 1 Utama meminta semua pengawal di bawah syarikat tersebut untuk diuji semula.

Sebelum ini JBPD ada melaporkan bahawa 1 Utama mencatatkan 63 kes, dimana 1 kes terdiri daripada kakitangan bahagian pengurusan, 12 kes staff, 44 pengawal keselamatan dan 3 kes datang daripada pengunjung.

 

Baca : “Terbaik!” – Pusat Beli Belah One Utama Taja ‘Swab Test’ RM1.5 Juta Kepada Lebih 6000 Pekerja

Ou 1

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.