in

Muncul Sekali Dalam Setahun, Orang Ramai Tak Lepaskan Peluang Lawat Laut Terbelah Di Langkawi

Laut Terbelah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina bertuah kerana sempat merasai fenomena laut terbelah di Pantai Tanjung Rhu pada pagi tadi.


Memetik laporan Harian Metro, laut yang ‘terbelah’ selama sejam 15 minit di pantai berkenaan itu telah membolehkan pengunjung pantai itu berjalan di atas beting pasir sepanjang 600 meter.

8 1

Difahamkan, fenomena itu yang muncul sekali dalam setahun itu bermula pada jam 6.45 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: “Patutlah orang kata Langkawi mahai” – Pelancong Tak Puas Hati Ayam Goreng Kunyit Dicaj RM20

Artikel Berkaitan: “Ada yang tolong jagakan anak lagi” – 5 Tempat Percutian ‘Family Friendly’ Paling Best Di Malaysia

Difahamkan juga, rata-rata pengunjung dapat berjalan dari kawasan panttai hingga ke Pulau Ketam Baya dan Pulau Chabang ketika fenomena itu berlaku.

Ketika fenomena itu juga, pengunjung turut berpeluang melihat pelbagai kehidupan laut seperti kuda laut, obor-obor, tapak sulaiman dan banyak lagi terdampar dalam keadaan hidup.

9 1

Difahamkan juga, menurut Datuk Haslina Abdul Hamid iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, sejak empat tahun lalu, fenomena itu telah menjadi aktiviti pelancongan yang ditunggu-tunggu oleh pelancong pulau tersebut.

Jadi, memang ramai pelancong dari negeri-negeri lain yang sanggup datang berkunjung ke pulau lagenda itu semata-mata untuk melihat sendiri fenomena unik itu.

Untuk pengetahuan semua, air laut di kawasan terbabit yang surut sepenuhnya telah menyebabkan fenomena itu berlaku.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.