in

Langkawi Dinobatkan TOP 5 Pulau Wajib Dikunjungi Di Asia!

Langkawi Top 5 Asia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Langkawi yang terletak di Kedah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat digemari oleh pelancong dari dalam dan luar negara.


Ia mungkin kerana ramai yang tertarik dengan keindahan pantainya yang putih selain reputasi pulau tersebut sebagai pusat beli-belah zon bebas cukai.

Sambil menikmati panorama indah, pelancong juga boleh membeli-belah pelbagai barangan seperti set pinggan mangkuk import, coklat dan kain batik. Memang win-win lah kan!

Things To Do In Langkawi Malaysia

Percaya atau tidak, Pulau Langkawi dinobatkan tempat ke-4 bagi kategori pulau yang mesti dilawati di Asia oleh sebuah penerbitan antarabangsa!

Condé Nast Traveler merupakan sebuah majalah serta portal yang telah menjadi penyumbang terbesar untuk pengembaraan di seluruh dunia sejak 30 tahun yang lalu.

Mereka sering dirujuk oleh pembaca dan para pelancong untuk tips serta tempat pelancongan yang menarik dan tahun ini buat kali ke-35 mereka telah mengeluarkan Anugerah Pilihan Pembaca 2022.

 

Langkawi

Mengungguli carta tersebut ialah Boracay, Filipina, tempat kedua disandang oleh Bali, Indonesia dan tempat ketiga ialah Koh Samui, Thailand.

Menurut The Malaysian Reserve, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah ini membuktikan segala usaha mereka dalam meletakkan dan mempromosikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan terbaik di dunia membuahkan hasil.

“Kami juga amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami telah diundi oleh lebih suku juta pembaca, ia menjadikan penghargaan ini lebih istimewa.

Amat mengharukan apabila Jewel of Kedah dihargai oleh pelancong dari seluruh dunia dan kami akan terus meletakkan langkah terbaik dalam memastikan Langkawi menjadi antara pendahulu dalam industri pelancongan antarabangsa.” katanya.

Okay, dah boleh plan untuk bercuti ke Langkawi!

Baca: Generasi Ke-7 Dah Kembali? Ini Asal Usul Kisah Mahsuri & Mengapa Langkawi Disumpah 7 Keturunan

Mahsuri

Sumber: TourScanner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.