in

“Ada yang tolong jagakan anak lagi” – 5 Tempat Percutian ‘Family Friendly’ Paling Best Di Malaysia

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah berkeluarga, nak bercuti pun jadi satu cabaran juga untuk kebanyakan ibu bapa. Banyak aktiviti terpaksa dikurangkan sebab kebanyakan masanya kita memang sibuk menjaga anak-anak.

Bukan tu je, kebanyakan tempat percutian juga tak mesra kanak-kanak, jadi nak pilih tempat yang sesuai pun susah.


Jangan risau, dekat bawah ni kita akan senaraikan resort yang best dan family friendly untuk korang pergi masa musim cuti sekolah ni. Jom!

Artikel berkaitan: “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Tak tahu nak travel mana?” – Ini 7 Tempat Percutian Murah & Best Yang Ada Di Malaysia

1. LEGOLAND Malaysia Resort – Johor Bahru

1900 X 1267 Ninjago Room Mum 2Kids.jpg

LEGOLAND Malaysia Resort merupakan destinasi percutian yang sangat memuaskan hati untuk bawa anak-anak korang bercuti dan berseronok. Selain menyediakan resort untuk bermalam dengan dekorasi seperti permainan lego, ia juga mempunyai taman tema yang menyediakan lebih 40 rides, pertunjukan dan tarikan untuk korang terokai.

Memang rugilah kalau tak pergi sana walaupun sekali!

2. Shangri-La Golden Sands – Pulau Pinang

328135680

Hotel yang terletak di Batu Feringghi, Pulau Pinang ini menawarkan sebanyak 387 buah bilik untuk keluarga besar mahu pun kecil.

Bukan tu je, resort ini turut menyediakan taman tema air mini untuk anak-anak korang mandi sepuasnya serta kelab kanak-kanak dan Pusat Hiburan Zon Pengembaraan.

Selain itu, hotel ini juga turut mempunyai sebanyak empat restoran dan bar, jadi kalau korang nak duduk lepak je kat situ tak nak keluar dari hotel pun boleh. Tapi kalau nak keluar, dorang juga sediakan hop-on, hop-off untuk teroka pulau tersebut.

3. Club Med Cherating Beach

Club Med Cherating Resort 1

Resort yang terletak di tengah tengah hutan berukuran 80 ekar di Cherating ni memang sesuai untuk korang bercuti dengan keluarga lagi-lagi kalau korang ada anak kecil atau bayi tau.

Selain banyak aktiviti yang disediakan untuk dewasa dan kanak-kanak tak kira siang atau malam, dorang juga sediakan banyak kemudahan untuk bayi tau.

Antara aktiviti yang disediakan oleh resort ini untuk bayi dan kanak-kanak bawah empat tahun termasuklah aktiviti yang merangsang stimulasi otak dan fizikal mereka, main permainan yang disediakan dan macam-macam lagi. Selain itu, dorang juga sediakan barang-barang bayi seperti kerusi bayi, tandas bayi, bathtub, air, pemanas botol dan macam-macam lagi.

Kalau ibu bapa nak makan di restoran pula, dorang ada sediakan baby corner di mana makanan yang sesuai untuk bayi telah disediakan termasuk microwaves dan blender. Memang tak payah pack banyak kalau bercuti kat sini.

Untuk remaja dan dewasa pula, dorang ada sediakan aktiviti keluarga seperti surfing, rock climbing, workshop yang menarik dan banyak benda lain yang buatkan hari korang penuh dengan aktiviti. Dahsyat betul!

4. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Beach

Hotel lima bintang yang terletak di Langkawi ni memang menyeronokkan. Banyak aktiviti keluarga yang korang boleh buat di sini termasuk main bola sepak di pantang, memancing dan island hopping menggunakan jet ski.

Tak cukup dengan itu, dorang juga sediakan perkhidmatan untuk menjaga anak di bilik kalau korang nak manjakan diri seperti buat facial, urut atau skrub di spa yang disediakan.

5. Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Terletak di tapak gunung tertinggi di Malaysia, korang boleh rasa suasana sejuk dengan layanan first class di hotel ini. Selain itu, hotel ini juga terletak berhadapan dengan pantai dan turut menyediakan aktiviti dan program untuk kanak-kanak seperti menunggang kuda, kraf dan permainan-permainan lain.

Untuk ibu bapa, dekat sini turut disediakan padang golf untuk korang latih pukulan korang, sukan air dan spa yang menawarkan pelbagai rawatan.

Sumber: HolidaysWithKids

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.