in

Hotel Popular Di Langkawi Diarah Tutup Sementara, Lebih 50 Staf Positif Covid-19

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah hotel terkemuka di Langkawi telah diarah tutup buat sementara waktu setelah lebih 50 orang pekerja disahkan positive Covid-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo menyatakan bahawa klaster tersebut  dikategorikan sebagai Dah Teluk Nibung yang melibatkan pekerja hotel tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa klaster tersebut dijangkiti daripada penduduk setempat yang kemudiannya merebak ke hotel.

“Sebanyak 249 individu yang melibatkan pekerja hotel dan ahli keluarga mereka telah menjalani ujian saringan, 59 individu daripada mereka telah disahkan positif manakala 192 individu lain disahkan negatif. Tiga individu daripada mereka pula masih menunggu keputusan ujian,” Dr Othman Warijo.

Shutterstock 660444688

Tambah beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah mengenalpasti semua kontak rapat kluster tersebut sebagai usaha untuk membendung klaster lain daripada berlaku.

Kesemua kontak rapat bagi klaster tersebut telah ditempatkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Baca: Kanak-kanak Umur 3 Tahun Jadi Pelancong Pertama Di Langkawi Yang Positif Covid-19

Kanak Kanak Positif Langkawi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.