in

“Mula2 kata semua ok” – Padam Makeup Ganti Orang Lain, MUA Terkilan Pengantin Tabur Pasir Di Periuk Nasi

Ft Mua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jurusolek meluahkan rasa terkilan terhadap sikap seorang pengantin yang dianggap sengaja menaburkan pasor ke dalam ‘periuk nasinya’. Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pada mulanya, pengantin tersebut mengatakan bahawa dia ‘okey’ dengan hasil solekan yang diberikan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pengantin yang didakwa mengadakan perkahwinannya pada 26 Oktober lalu ada muat naik status dengan mengatakan bahawa dia telah menukar ke jurusolek yang lain kerana hasil air tangan daripada jurusolek asal itu dakwanya comot dan cincai.


Artikel berkaitan : Isu Murid Dimarah Sebab Pakai Makeup, Kes Dah Selesai Cara Baik Dengan Ibu Bapa & Sekolah – KPM

Artikel berkaitan : Teruja Gayakan Baju Tradisional Ke Sekolah, Bapa Dakwa Anak Trauma Dimarahi Cikgu Sebab Pakai Makeup

Katanya lagi, setelah dipanggil jurusolek lain, barulah dia berpuas hati dengan hasilnya. Namun begitu, apa yang jurusolek asal ini benar-benar terkilan adalah selain memburuk-burukan hasil air tangannya, pengantin tersebut juga menghasut orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatannya lagi.

Gbeq9M2Byaaykol Gbeq9Zkbqaie5Qu

Gbeq9Ixbiaarp4W

Perkongsian ini tular sehingga ke platform X dan meraih 3.1K jumlah perkongsian dalam masa 13 jam di muat naik, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membandingkan hasil solekan baharu dengan yang asal, kebanyakannya lebih berpihak kepada yang asal.

Malah, ramai yang mengecam tindakan pengantin tersebut yang dikatakan sengaja mengganggu hasil rezeki orang lain hanya kerana tidak menepati cita rasanya.

Mua Mua 2 Mua 3 Mua 4 Mua 5 Mua 6

Pengajarannya, semua orang ada pandangan tersendiri, dan ada citarasa tersendiri, dan setiap jurusolek ada gayanya tersendiri, jadi tak perlu nak hire seseorang jurusolek itu kalau kita lihat hasilnya tak menepati citarasa kita.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.