Seperti tiada tanda-tanda untuk reda, kes COVID 19 di negara ini masih kekal empat angka setiap hari dan sudah pun mencecah lebih 10,000 kes terkumpul sehingga setakat ini.
Segala usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini yang membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri serta menukar status beberapa negeri di Malaysia ini dari PKPB ke PKPP, nampaknya SOP yang ditetapkan makin longgar.
Hal tersebut membuatkan Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah semakin bimbang dan tidak mampu tidur malam memikirkan kes yang semakin meningkat.
Menerusi perkongsiannya di jam 4 pagi di Facebook, Dr Noor Hisham menyatakan kebimbangannya atas peningkatan kes dari kluster-kluster yang terbentuk daripada perhimpunan sosial.
“Biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa,” itulah nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai supaya…
Posted by Noor Hisham Abdullah on Wednesday, December 9, 2020
Antara kluster yang terbentuk kerana perhimpunan sosial adalah seperti berikut:
- Kluster Enggor, Perak & Kluster Indah Mas, WP Kuala Lumpur – bermula akibat perhimpunan keluarga dan seterusnya merebak ke komuniti.
- Kluster Inai dan Jambul di Sabah – terjadi kerana majlis keraian.
- Kluster Mentari libatkan Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur – upacara keagamaan membabitkan ahli keluarga dan kenalan dalam satu upacara kematian di Nilai
Menurut Dr Noor Hisham, penjarakan sosial memang sukar diamalkan di dalam tempat yang sesak dan sempit tapi kita perlulah mengambil iktibar daripada kes-kes yang berlaku supaya akur dengan nasihat yang diberikan. Ia bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.
“Orang ramai diminta supaya mematuhi SOP dalam semua keadaan dan di semua tempat memandangkan aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa pematuhan akan meningkatkan risiko penularan Covid-19 kepada orang ramai.
“Adalah amat penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada mendapat jangkitan Covid-19,” katanya lagi.
Rasanya dah berkali-kali Dr Noor Hisham cakap pasal hal ni kan… Tapi sikit je yang faham dan ambil nasihat DG kita ni.
Baca: KKM Jangka 6,000 Kes Positif Dalam Tempoh Seminggu – TS Dr Noor Hisham