“Mohon sahabat selitkan doa dalam sujud kalian” – Bayi Tertelan Kerongsang Sewaktu Ibu Sedang Memandu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Malang tak berbau, kadang-kadang perkara yang kita rasa ianya selamat buat anak-anak  kadang-kadang lebih terdedah kepada bahaya. Kasihan betul melihat nasib bayi comel ni.

 

Tertelan kerongsang dalam kereta tadi time Myra drive n baby duduk atas riba..

Bayi dalam lingkungan bawah setahun, Nur Ghaulah Ramadhani ini tertelan kerongsang ibunya ketika ibunya sedang memandu.

Bayi comel ini dikatakan sedang duduk di atas riba ibunya Myra Shyuhada  pada waktu itu, tak ada cara lain hanya doa daripada orang ramai sahaja yang dipohon buat masa ini.

“Assalamualaikum
Myra mohon kemaafan dr sahabat semua..mohon sahabat selitkan doa dlm sujud kalian utk mndoakan anakda myra nur qhaulah ramadhani di permudahkan urusan nya..skrg baby dhani di hospital n masih tgu pakar utk semua kemungkinan..myra mohon sgt2 sahabat doakn ankda myra cpt sembuh..
(Tertelan kerongsang) dalam kereta td time myra drive n baby duduk atas riba kakak..
Myra merayu tolong selitkan doa kalian ketika sujud 5 waktu kalian..mami x kuat..mami doakn semoga baby dhani kuat ye sayang”

 

Tolong selitkan doa kalian ketika sujud 5 waktu kalian

\

Posting ini telah meraih dalam 2,500 jumlah perkongisan oleh netizen prihatin terhadap bayi kecil ini. Semua orang tak putus-putus  memberi sokongan moral dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

 

Sokongan moral dan doa netizen

Admin pun mendoakan agar adik Dhani cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Kesiannya, harap lepasni dilindungi daripada segala kemalangan yang tak diingini.

 

Baca : Lagi Beberapa Jam Nak Pulang Ke Malaysia Dari UK, Polis Tiba-Tiba ‘Rush’ Rumah & ‘Rampas’ Bayi 4 Bulan Ini Sebab

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.