in

Mohammad Agus sudah tiada kaitan dengan kerajaan & J-KOM – Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil Jkom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff mengumumkan peletakkan jawatannya bagi jabatan tersebut yang berkuatkuasa pada 15 Disember hadapan.


Menurut laporan Astro AWANI, susulan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penggantian jawatan tersebut akan digantikan dalam kadar segera.

Artikel berkaitan: Didakwa Berucap Mengenai Politik Di Masjid, Fahmi Fadzil Sedia Beri Kerjasama Kepada JAIS 

Artikel berkaitan: Fahmi Fadzil Perjelas Isu ‘Koyak’ Masa Buat Live TikTok, Sampai Keluar Ayat ‘Polis Singgah Rumah’

Download 1

“Kita ucapkan terima kasih, sekarang individu itu (Mohammad Agus) tidak lagi ada apa-apa kaitan dengan kerajaan atau J-KOM.

Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini, tetapi saya percaya insya-Allah, langkah-langkah untuk mengisi jawatan itu akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Pun begitu, Fahmi Fadzil menafikan tindakan peletakkan jawatan itu adalah berkaitan dengan desakan pihak lain susulan prestasi J-KOM yang tidak memuaskan.

Sebaliknya, beliau mendakwa tindakan Mohammad Agus itu disebabkan dia mendapat tawaran daripada organisasi tempatan dan antarabangsa yang memerlukan khidmatnya.

Sebagai info, Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun dia banyak menerima kritikan khususnya dari pihak pembangkang kerana jabatan tersebut disifatkan tidak efektif dalam menguar-uarkan maklumat berkaitan insentif Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.