in

Fahmi Fadzil Perjelas Isu ‘Koyak’ Masa Buat Live TikTok, Sampai Keluar Ayat ‘Polis Singgah Rumah’

Cats 76

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menolak laporan berita yang mendakwa beliau mengancam penonton sesi siaran langsung di TikToknya dengan tindakan polis kerana menghantar komen mengkritik dirinya dan kerajaan.


Dalam sesi TikTok tersebut, dia mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan provokasi berhubung isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

Tambahnya lagi, perkara tersebut adalah sama seperti apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifudin Nasution dan dia hanya memberi peringatan kepada semua agar tidak meninggalkan komen berunsur 3R.

Fahmi Edited

Berikut merupakan tangkap layar yang kononnya mengatakan menteri berkenaan ‘koyak’ ketika sesi live berkenaan yang dikongsikan di Twitter.

Menurut Fahmi lagi, apabila beliau membuat siaran langsung di TikTok, komen yang sering diterima daripada penonton menyentuh isu 3R dan perkara itu juga sering dikatakan di banyak tempat bahawa pengguna media sosial tidak dibenarkan menyentuh 3R untuk tujuan politik.

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan juga memerhatikan trend pengguna yang sering memberikan kenyataan menghina setiap kali dia mengadakan siaran langsung di media sosialnya.

Fahmi turut mengingatkan pihak berkuasa mungkin mengambil tindakan terhadap mereka.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan siaran langsung menteri di TikTok diakhiri dengan tindakan Fahmi mengancam penonton dengan tindakan polis.

Baca : Tidak Bersungguh Sekat Kandungan Memudaratkan, SKMM Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Meta

Skmm Nak Saman Meta 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.