in

Didakwa Berucap Mengenai Politik Di Masjid, Fahmi Fadzil Sedia Beri Kerjasama Kepada JAIS

Fahmi Fadzil Berucap Dalam Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial beberapa keping gambar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sedang berucap di sebuah masjid di Rawang.

Namun, ada pihak yang mendakwa bahawa menteri terbabit sedang menyampaikan ceramah berunsur politik di mana perkara itu adalah larangan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Susulan itu, JAIS menjalankan siasatan berhubung gambar tular itu selepas pihaknya menerima aduan mengenai isu tersebut mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. Jabatan itu turut memanggil nazir masjid yang terlibat bagi mendapatkan keterangan.

Sementara itu, Fahmi menyatakan beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada JAIS sekiranya dipanggil.

“Insya-Allah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya menerusi laporan Astro Awani.

Fahmi mengatakan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.

“Tiada langsung sentuh isu lain.

“Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan,” katanya.

Memetik laporan Kosmo!, Fahmi juga sedang mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya.

Baca: “Bukan untuk bergembira tapi…” – Wanita Dalam Idah Boleh Keluar Mengundi PRN
Mengundi Balu Idah Dibolehkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.