in

Misteri Pembunuhan Salbiah: Gantung Diri Sendiri & Mayat Ditemui Mereput, Kes Pembunuhan Ni Paling Sensasi Tahun 80-an

Salbiah Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin sebenarnya tak sangka dahulunya Malaysia ini mempunyai pelbagai kes misteri mengenai pembunuhan dan lain-lain. Senang cerita case unsolved lah mungkin disebabkan kelemahan teknologi dan bukti untuk mendakwa suspek.


Antara kes yang menarik untuk dibincangkan ialah kes pembunuhan Salbiah Yeop Abdul Rahman yang ditemui mati mereput pada tahun 1980.

 

Inspektor Saderi dituduh bunuh kekasih sendiri tapi…

Menerusi perkongsian Shahril A. Kadir di Facebook, gadis bernama Salbiah yang baru berusia 27 tahun ini telah ditemui mati dalam tubuh keadaan mereput dekat lurah Lembah Permai.

Setelah disiasat, mangsa dilaporkan sebagai kekasih kepada Inspektor Saderi Abdul Samat yang mana pada masa tu sudahpun bertunang dengan wanita lain bernama Rubiah Tijan.

58460457 10157161611298050 5101253569378516992 N
sumber: facebook

Lebih merumitkan, lepas disoal siasat, Saderi mengaku yang dia telah menghamilkan Salbiah tetapi dia tidak mengaku membunuh wanita itu sebaliknya Salbiah telah membunuh diri kerana malu akan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua.

Tapi pihak polis ternyata tak percaya dengan pengakuan Saderi kerana mengagak ada sesuatu yang tak kena dengan kisah tersebut!

 

Terkejut lihat tubuh kekasih tergantung di bilik air, Saderi buang mayat kekasih di bukit? 

Menurut kisah Saderi, pada 15 November 1980 dia telah pulang ke rumah di Mes Pegawai Polis dekat Jalan Scotland, Pulau Pinang dalam keadaan terkejut melihat Salbiah tergantung dengan leher terjerut di bilik air. 

Bimbang dia dituduh kerana membunuh kekasihnya, Saderi telah menggunakan sebilah gunting untuk potong tali nylon yang menjerut leher kekasihnya dan menurunkan mayat wanita itu dari tergantung.

Dia kemudian membawa mayat tersebut ke tempat duduk penumpang kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa dekat sebuah lurah bukit (kini dipanggil Bukit Salbiah) di kawasan Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Uish senangnya dia buang mayat gitu aje… 

17523339 1918135018423974 3327320124132910103 N
Bukit salbiah | sumber: facebook

 

Peguam pertikai keterangan, mustahil tubuh boleh tergantung pada paku patah

Semasa perbicaraan berlangsung, ahli kima, Hoong Seng Hong dalam keterangannya menyatakan sangat mustahil untuk tubuh manusia seberat 45 kg boleh tergantung pada paku yang patah di alang dalam bilik air tersebut. 

Menurut ujian, pakar kimia ini mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok serta bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kg.

Nail 453782 640
gambar hiasan

Dia telah melakukan ujian membabitkan tiga batang paku yang diketuk pada alang tersebut namun kesemuanya tidak dapat menahan berat dan menjadi bengkok serta merta bila diletakkan beban seguni pasir dengan berat 45 kg. Emm…

Pada masa yang sama, kayu pada alang tu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira 2 cm. Mustahil jugalah bagi seorang wanita untuk melakukannya. 

“Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu.

 

Teori bunuh diri hanya helah Saderi untuk elak tuduhan membunuh? 

Selepas semua bukti dikemukan, pihak mahkamah menentukan bahawa Saderi bersalah dan berpendapat bahawa teori bunuh diri itu hanyalah helah lelaki terbabit untuk mengelak daripada hukuman membunuh.

Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984. Pun begitu, misteri masih menyelubungi kes ini. Sampai kesudah tali nylon yang dikatakan menjerut leher Salbiah tidak ditemui. Malah tiada saksi lain juga boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan ini. 

Misteri Bukit Salbiah 2
sumber: blog

Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati akibat cekik dan bukan menggantung diri.

Lebih mengejutkan, sampai mati Saderi tak mengaku membunuh Salbiah dan dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri membunuh diri! Allah… 

 

Kes Inspektor Saderi: Pertembungan 2 peguam terkenal

Bagi yang tak tahu, kes ini melibatkan dua peguam yang sedang ‘bertempur’ di medan mahkamah bagi kes Datuk Seri Najib Razak sekarang. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguambela Datuk Seri Najib Razak dan timbalan pendakwaraya, Datuk V. Sithambaram.

58444711 10157161611773050 7851588903038353408 N
Tan sri shafee abdullah | sumber: facebook

Yang menariknya pada 39 tahun dulu, Shafee jadi timbalan pendakwa raya dan Sitambaran pula sebagai peguambela. Wah ini sudah terbalik!

58684893 10157161611473050 2702465174366846976 N
Datuk sithambaran | sumber: facebook

Jadi persoalannya, adakah Shafee akan mengulangi kemenangan seperti kes 39 tahun lepas ataupun Sithambaran akan membalas dendam atas ‘kekalahannya’ yang terdahulu?

Sama-samalah kita nantikannya ye! 

Baca: Tragedi ‘Hwaseong’: 2 Juta Polis Terlibat 20 Ribu Suspek Ditahan & 40 Ribu Cap Jari Diambil Tapi 10 Wanita Mati Sia-sia, Pembunuh Kekal Misteri.

Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.