Pada 20 Mac lalu, satu mayat wanita tanpa identiti telah ditemui di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
Ekoran ini, tiga individu iaitu dua orang lelaki berusia 41 dan 44 tahun dan seorang wanita yang mempunyai talian persaudaraan telah ditahan reman sehingga 11 April bagi membantu siasatan.
Semalam, pihak polis telah menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud.
Ketua Polis Seremban Nanda Maarof berkata pihaknya telah menemui tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang dipercayai ada kaitan dengan tiga suspek yang ditahan selepas mayat wanita tanpa identiti ditemui di dalam gaung di Bukit Putus.
Penemuan rangka ini melibatkan kes kanak-kanak hilang sebelum ini, kami percaya tulang ini berkemungkinan adalah milik mangsa, bagaimanapun kita masih lagi menyiasat dengan proses forensik dan patalogi akan dilakukan untuk mengesahkannya.
“Kemungkinan dalam tempoh dua ke tiga bulan (meninggal dunia) sebelum rangka ditemui. Namun mayat wanita yang ditemukan di gaung itu tiada kaitan dengan kanak-kanak ini, tetapi dipercayai masing-masing pernah tinggal bersama suspek.”
Ekoran penemuan terbaru ini juga, Nanda yakin dapat menyelesaikan kes penemuan mayat wanita di dalam gaung berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar ke timbalan pendakwa raya secepat mungkin.
Namun begitu, motif pembunuhan ke atas dua-dua mayat ini masih dalam siasatan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Apalah agaknya cerita sebenar kes ni kan? Mayat kanak-kanak tak ada kena mengena dengan mayat wanita tapi dua-dua mangsa ada kaitan dengan suspek? Banyak betul tanda tanya.
Sumber: FMT
Baca: 5 Lebuhraya Paling Berpuaka Di Malaysia Yang Bakal Menghantui Perjalanan Balik Kampung Korang!