in

5 Lebuhraya Paling Berpuaka Di Malaysia Yang Bakal Menghantui Perjalanan Balik Kampung Korang!

Seram Highway

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kampung korang kat mana? Utara, Selatan, Pantai Timur atau Barat? Haa apa-apapun kalau nak balik kampung, korang kenalah lalu kan beberapa highway yang ada kat Malaysia ni.


Memandangkan bulan puasa dah habis, hantu dan syaitan pun dah terlepas daripada rantai, haa… bersedialah korang untuk pengalaman seram ketika melalui highway-highway yang famous dengan kisah angker!

20160808150840501
gambar hiasan

Berikut 5 lebuhraya kat Malaysia yang terkenal dengan kisah puaka mereka tersendiri. Kalau sejenis lemah semangat baik baca waktu pagi ye.  

 

1. Lebuhraya Tangkak – Muar  

Mungkin tak ramai yang pernah dengar atau tahu mengenai kisah ini, namun pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina dekat daerah Muar/Tangkak telah dapat kebenaran untuk tutup kedua-dua arah laluan lebuhraya ini demi menjalankan satu ritual ‘pembersihan’ makhluk halus. 

Img 0582
gambar hiasan

Menurut sumber, pembersihan yang dijalankan pada jam 11 malam ini melibatkan pengamalan perubatan daripada Melayu dan India yang juga dikatakan mampu berinteraksi dengan makhluk halus. Walau bagaimanapun, ritual tersebut dimaklumkan tak dapat dijalankan dengan ‘sempurna’. Dalam kata lain gagal lah.

Akibat daripada kejadian tu, seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia kononnya kerana dirasuk makhluk halus bersama seorang bomoh berbangsa Melayu yang bantu polis tersebut. Pun begitu, kisah ni rumours je lah yang admin dengar dari Forum Cari. Harap-harap ni bukan kisah betullah! Serammm! 

 

2. Lebuhraya Gurun

Ketika balik bercuti dari Cameron Highland, sebuah keluarga cikgu Bahasa Arab ni katanya alami kejadian mistik bila anak saudaranya yang berusia 2 tahun menangis tak henti-henti. Puas ahli keluarga lain memujuk, namun kanak-kanak tersebut masih tak mahu diam terutama lepas masuk ke highway Gurun.

Lepas tu, tiba-tiba je kereta cikgu ni terasa luar biasa berat dan semasa berhenti di kawasan RnR Gurun, isteri cikgu ni sempat sekeping rakam gambar. Di dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. 

4 1 1
sumber: wanista

Menurut cerita orang tempatan, wanita berkebaya merah tu bukan manusia ye dan dia memang wujud untuk ganggu pengguna lebuhraya. Malah sebelum ni ada juga kononnya kemalangan sebab nak elak entiti. Uwuuu takutnya admin!

 

3. Lebuhraya Pedas/Linggi – Simpang Ampat 

Kisah seram yang seterusnya ini dikatakan berlaku pada persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka.

Sebenarnya dah ada beberapa kes berlaku kat kawasan tu dan mangsa juga ada beritahu yang mereka nampak makhluk halus atau lembaga melintas di lebuhraya ini. Makhluk ini juga kadang-kadang mengubah rupa jadi lelaki tua sedang berbasikal dan kebanyakan kejadian ini berlaku sekitar jam 1 – 4 pagi.

12
gambar hiasan

Antara kisah yang paling famous ialah berkenaan seorang mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Bangi dengan menaiki motosikal. Dia dikatakan meredah highway tersebut pada jam 2 pagi dan ternampak sebuah kereta Iswara Sedan putih sedang bergerak sangat slow.

Bila dia nak memotong kenderaan tu, dia terbau sesuatu busuk dan sebaik dia menjeling buat kali kedua, dia terkejut apabila melihat sebuah kenderaan yang remuk teruk (total loss) sedang bergerak tanpa pemandu! WHAAAT!

Image 3
gambar hiasan

 

4. Lebuhraya Kuantan – Gambang 

Kisah seram di highway ini telah dikongsikan oleh seorang penunda kereta bernama Abdul Mubin Mohamad yang dikatakan secara tidak sengaja merakam imej hantu secara tidak sengaja di lokasi kemalangan pada tahun 2011.

Menurutnya, ketika gambar dirakam, dia yakin tiada sesiapa berada di hadapannya dan pada masa itu dia sedang berdiri di sebuah kawasan semak berhampiran hutan yang gelap gelita.

Apa yang lebih mengejutkan di dalam gambar tersebut kelihatan 3 entiti yang seakan-akan sedang memandangnya. Dua daripadanya memakai baju merah dan seorang lagi memakai blouse putih. Wajah mereka agar sukar dilihat dan perkara ini meyakinkan Mubin lagi bahawa ‘benda’ itu bukanlah manusia.

20160808150840433
sumber: blog

 

5. Jalan Lama Bukit Putus, Negeri Sembilan 

Bagi yang tak pernah lalu laluan di Bukit Putus, highway ni dikatakan famous dengan jalan berliku seperti ular kena palu. Disebabkan itulah ia menjadi lokasi kemalangan dan aktiviti jenayah seperti mayat dicampak ke dalam gaung dilakukan.

Antara kisah seram yang terkenal berlaku di situ ialah seorang pemandu terlihat sekumpulan orang tengah mengusung keranda tiba-tiba di tengah jalan. Kalau korang ‘bernasib baik’, mungkin juga boleh nampak kelibat wanita tengah mendukung anak berjalan bersama 3 orang anaknya. Erkkk! Siapa pulak berjalan tengah malam atas highway gitu kan?? Seram gais!

Bukit Putus
gambar hiasan

Seram kan?? Apa-apapun min pesan awal-awal kat korang yang nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Kalau rasa tak sedap hati, berhenti dan baca-bacalah sikit ayat suci buat pendinding diri dan keluarga. 

Baca: “Nampak perempuan lalu.. Dia pasang ayat kursi” – Netizen Geli Hati Baca Kisah Seram Rumah BF Wanita Ini

Kursi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.