Bukan senang nak jumpa orang yang benar-benar jujur dan tak ambil kesempatan atas bantuan yang orang lain bagi. Tapi bukan bermaksud tak ada ya!
Contohnya macam baru-baru ini, Lembaga Zakat Selangor menerusi Facebook rasmi telah memuat naik sepucuk surat yang mereka terima dari seorang individu.
Dalam isi surat tersebut, individu ini telah meminta agar namanya dibatalkan sebagai penerima Zakat Selangor ekoran pendapatan bulanannya dijangka kembali stabil pada September nanti.

Menerusi kapsyen, Lembaga Zakat Selangor turut membuat panggilan telefon terhadap individu yang menghantar surat tersebut bagi mendapatkan kepastian atas permintaannya itu.
Menurut individu tersebut, pendapatannya kini bertambah baik dan mahu bantuan tersebut disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan.
Ustaz, saya nak keluar asnaf. InshaAllah, pendapatan saya dah semakin baik dan cukuplah zakat bantu saya sebelum ni, tentu ramai lagi yang memerlukan bantuan dari zakat. Terima kasih pembayar zakat.”
Perkongsian ini juga turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji tindakan individu ini yang bersikap jujur dan amanah kerana tidak mahu terima bantuan yang boleh disalurkan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Selain itu juga, tindakan individu ini untuk terus berusaha bagi menstabilkan kehidupannya dan tidak terus menerus mengharapkan bantuan zakat turut dipuji.

Alhamdulillah, min doakan individu ni rezeki dia lagi dimurahkan…
Baca: [VIDEO] Aliff Syukri Menangis Kegembiraan Apabila Diumumkan Antara Pembayar Terbesar Zakat Selangor

