in

[VIDEO] Aliff Syukri Menangis Kegembiraan Apabila Diumumkan Antara Pembayar Terbesar Zakat Selangor

Untitled Design 2022 07 28T112018.578

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, membayar zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dilakukan.


Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik ternama Datuk Aliff Syukri diberikan penghormatan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila menjadi salah seorang pembayar zakat tertinggi dengan nilai menghampiri RM 1 juta.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras.” tulisnya. 

Pengumuman itu dimuat naik dalam Instagram miliknya dan kelihatan dia menangis kegembiraan kerana ia merupakan salah satu impiannya yang tercapai.

Dalam posting tersebut, dia menyatakan pembayaran zakat itu merupakan hasil daripada perniagaannya iaitu D’Herbs Holdings (kosmetik dan kesihatan), AS Hijab (tudung) serta Sugeh Eco Resort (peranginan).

Selain itu, Aliff Syukri juga berharap agar ramai lagi yang mendoakan kejayaannya dalam bidang perniagaan supaya dia dapat memberi lebih lagi kepada yang memerlukan.

“Saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan” tulisnya. 

Hebatnya Aliff Syukri, memang boleh jadi inspirasi!

Baca: “Jangan babitkan keluarga saya” – Aliff Syukri Mohon Maaf Isu MV Raya Berunsur Songsang

Ft Alif Syukri Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.