in

“Mesti yang drive tu trauma” – Kereta Terjunam Ke Dalam ‘Sinkhole’ Yang Tiba-Tiba Muncul Atas Jalan Raya

Feature Image Myvi Kuning

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, memang dah banyak kali berlaku kemalangan yang disebabkan oleh faktor persekitaran tempat tersebut.



Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Myvi yang tiba-tiba sahaja terjunam masuk ke dalam sinkhole di Jalan Maharajalela berdekatan stadium merdeka.

Menurut The Star, kejadian ini melibatkan seorang pemandu wanita yang berusia 42 tahun yang pada ketika itu melalui jalan tersebut dan tidak sempat untuk mengelak sinkhole yang tiba-tiba muncul lalu terjunam ke dalamnya.

Wanita itu dikatakan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini berlaku pada jama 11:35 malam.

Perkara ini turut di sahkan oleh anak perempuan pemandu tersebut yang mengatakan bahawa ibunya dalam keadaan baik walaupun dia terlibat dalam kemalangan yang mengejut itu.

“My mum okay”

 

Mak Ok Je 1
Sumber: twitter

Namun begitu, tidak lama kemudian kereta ini berjaya dinaikkan daripada sinkhole tersebut.

Ramai netizen yang menzahirkan rasa simpati dan terkejut kepada pemandu tersebut di atas kejadian yang berlaku ini.

Ko 2
Sumber: twitter

 

Ko 3
Sumber: twitter

 

Ko1
Sumber: twitter

Walau apapun, kita dah bawa kereta dengan cukup berhema, tapi kalau nak di katakan berlaku juga kemalangan, memang tak boleh nak kata apa lah. Korang pun jangan lah nak menganjing ‘kereta Myvi sangat’, kesian pemandu yang kena musibah tu.

 

Baca: “Remuk kereta tu” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dilanggar Pemandu Mabuk

Hi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.