in ,

“Mesti trauma budak tu” – Netizen Marah, Polis Tahan Kanak-kanak 6 Tahun Hanya Sebab ‘Tantrum’ Di Tadika

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kanak-kanak sepatutnya menjadi zaman untuk belajar kenal dunia. Semasa kecil, tiada masalah pun yang kita kena fikir.


Namun, berbeza bagi Kaia Rolle yang berusia tujuh tahun ini kerana pernah ditahan polis atas kesalahan yang tak masuk akal. Untuk pengetahuan korang, dia ditangkap selepas gurunya melaporkan pada pihak polis hanya sebab dia tantrum di sebuah sekolah di bandar Florida, Amerika Syarikat.

Menurut Al Jazeera English, pegawai polis tersebut siap mengambil gambar mugshot kanak-kanak sekolah tu. What? Weh, dah macam penjenayah betul dah ni. 

Siap ambil cap jari 

Selain itu, cap jari Kaia juga diambil oleh polis terbabit sebelum dia dibebaskan daripada tahanan. Kesian kanak-kanak tu!

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku pada September 2019 tapi baru-baru ini, video kejadian itu kembali viral di laman media sosial. Kesian weh tengok budak tu merayu-rayu sebab dia minta dilepaskan. 

Perbuatan pegawai polis, Dennis Turner itu memang dikecam hebat oleh netizen yang beranggapan pihak sekolah tidak patut buat macam itu meskipun mereka tidak boleh mengendali masalah tersebut.

 

Ada juga yang cakap pihak sekolah sepatutnya panggil ibu bapa budak tadika tu untuk selesaikan masalah, bukannya suruh pihak polis tahan dia. Macam dah takde cara lain je.

Difahamkan, pegawai polis itu dah ditamatkan perkhidmatan sebab perbuatan dia tu tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasan untuk menahan kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Ha, padan muka. 

Berbaloi ke hilang kerja, disebabkan tahan kanak-kanak bawah umur?

Baca: Tak Berhati Perut! Lelaki Potong Kepala Kanak-kanak Kerana Menangis Tanpa Henti 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.