“Meroyan sasau pah bedah ni” – Netizen ‘Ngeri’ Tengok Ucapan Penuh Semangat Ellie Suriati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Meroyan sasau pah bedah ni” – Netizen ‘Ngeri’ Tengok Ucapan Penuh Semangat Ellie Suriati

 
 
00:00 /
 
1X

Penangkapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi oleh SPRM kira-kira jam 3.15 petang semalam (18 Oktober) telah menimbulkan sedikit kekecohan dan rasa tak puas hati antara penyokong UMNO.

Kira-kira 200 penyokong dilaporkan telah hadir semalam di Ibu Pejabat SPRM sebagai tanda solidariti kepada Zahid dan Ellie Suriati as usual datang beri support kepada pemimpin tertinggi UMNO ni, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

 

Ucapan penuh ‘bersemangat’ dari Ellie

Selain daripada Nurul Hidayah dan ibunya Datin Hamidah iaitu ahli keluarga rapat Zahid memberi ucapan, Ellie juga tak ketinggalan dalam memberi kata-kata semangat kepada penyokong Zahid yang hadir dari dekat dan jauh hingga ke Bagan Datuk.

Namun ucapan yang diberikan Ellie ni agak… ‘terlalu bersemangat’ sampaikan netizen rasa terganggu pulak bila mendengarnya. Nak tonton? Sila turunkan volume earphone anda dulu ye… 

 

“Pah bedah ni isap gam ke?”

Rata-rata netizen yang tengok video ucapan Ellie ni daripada nak rasa bersemangat tetiba rasa annoyed pulak disebabkan pelakon ni banyak menjerit-jerit. Ada yang kata kenapa Ellie ni macam ambil benda terlarang pula bila dia beri ucapan macam orang tak ingat macam ni. Aduh!

Sumber: Twitter

 

“Rakyat memang tak bodoh… yang bodoh engkau dan geng kau” 

Sumber: Twitter

 

“Tak sakit tekak ke kak? Seram!” 

Sumber: Facebook

Zahid Hamidi yang menghadapi 45 pertuduhan hari ini walau bagaimanapun telah dibebaskan lepas membayar ikat jamin RM1 juta dan baki RM1 juta lagi akan dibayar dalam tempoh seminggu akan datang.

Ratusan penyokong Zahid jugak dilihat hadir di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ni hingga mencetuskan provokasi, namun berjaya dikawal pihak polis.

Semoga penyokong UMNO dan presidennya, Zahid Hamidi terus kuat hadapi ujian. 

Baca: Mengaku Tidak Bersalah, Ini Senarai 45 Pertuduhan Ahmad Zahid Hamidi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!