in

Mengaku Tidak Bersalah, Ini Senarai 45 Pertuduhan Ahmad Zahid Hamidi

257C8940E85Cf66A60621Adcc0B09Cd4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad hari ini dihadapkan ke mahkamah berhadapan dengan beberapa pertuduhan pecah amanah, jenayah dan pengubahan wang haram.


Menerusi Berita Harian,  bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

 

Rangkuman 45 Pertuduhan : 27 Pengubahan Wang Haram, 8 Menerima Suapan & 10 Jenayah

2E7441C2D9F470Cb1696Cd80Cf8307Fc
Sumber : malaysia kini

Lapan daripada 45 tuduhan yang dikenakan ke atas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, membabitkan suapan berjumlah RM21.25 juta semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.

Tuduhan yang dikenakan oleh SPRM melibatkan tiga kes berasingan.

Kes pertama melibatkan bantuan kepada Mastoro Kenny It Consultant & Services mendapatkan projek MyEG. Beliau menerima sejumlah 24 cek bernilai RM13.25 juta antara 15 Julai 2016 dan 8 Feb 2017.

Kes kedua, Zahid Hamidi dituduh menerima dua cek bernilai RM6 juta daripada Chew Ben Ben, Datasonic Group Bhd pada 26 April 2017.

Menurut Malaysia Kini, Chew kini adalah pengarah urusan Datasonic dan pemegang saham utama, dengan kepentingan 14.18 peratus dalam kumpulan itu.

Datasonic pada Disember 2015, memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari Disember 2016, sehingga akhir November 2021.

Kumpulan itu pada April tahun ini berjaya mendapatkan kontrak RM270.71 juta daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan 9.96 juta laman biodata polikarbonat untuk kegunaan Jabatan Imigresen.

 

Senarai 45 Pertuduhan

Whatsapp Image 2018 10 19 At 5.13.47 Pm

Whatsapp Image 2018 10 19 At 5.13.47 Pm1

Whatsapp Image 2018 10 19 At 5.13.48 PmWhatsapp Image 2018 10 19 At 5.13.48 Pm1

 

Whatsapp Image 2018 10 19 At 5.15.23 Pm
Sumber : twitter

 

Baca : Zahid dan Isteri Guna Dana RM 900,000 Untuk Bayar Hutang?

Zahidhamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.