in

“Mereka pun nak selamatkan diri” – [VIDEO] Doktor Tegur Tindakan Netizen Pukul Babi Hutan Cuba Naik Bot

Babi Hutan

Fenomena banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini bukan sahaja menjejaskan ribuan penduduk, malah turut menjejaskan habitat haiwan liar.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di laman sosial memaparkan sekumpulan babi hutan dipercayai turut menjadi ‘mangsa’ banjir.

Menerusi video tersebut, beberapa pemuda sedang menaiki bot untuk melalui satu kawasan. Kelihatan beberapa ekor babi hutan sedang meredah banjir di kawasan sekitar itu.

Secara tiba-tiba, seekor babi hutan itu berenang menuju ke arah bot mereka. Dalam keadaan cemas, salah seorang pemuda mengetuk kepala babi hutan tersebut untuk mengelak daripada haiwan liar itu menaiki bot.

Bagaimanapun, tindakan pemuda tersebut telah mencetuskan perbalahan netizen. Ada yang menyokong bahawa perbuatan tersebut betul bagi menyelamatkan diri, namun ada yang turut menyelar tindakan pemuda tersebut.

Seorang pengguna TikTok yang juga doktor veterinar, @drimavet menegur tindakan pemuda itu yang telah menganiaya binatang yang turut sama-sama menghadapi situasi banjir.

Katanya, perbuatan tersebut salah dan pemuda tersebut sepatutnya tidak menimbulkan provokasi dengan haiwan liar itu ketika dalam situasi darurat.

“Dah lah tengah hadap bencana, tambah buat dosa pulak dengan aniaya gi pukul binatang tu. Kalau tak boleh tolong, biarkan. Jangan aniaya!”

Namun, segelintir netizen tetap mempertahankan tindakan pemuda itu kerana haiwan tersebut tidak wajar untuk diselamatkan.

https://twitter.com/AiminPublic/status/1605063721868333056?s=20&t=7ydf_UatydtsdwcGTs43WQ

Jelas seorang pengguna Twitter, babi hutan berupaya untuk berenang dengan jarak yang jauh dan mampu hidup dan beradaptasi terhadap persekitaran. Jadi, kebarangkalian babi hutan untuk hidup selepas banjir adalah tinggi.

Tambahnya, berdasarkan video tersebut itu adalah sekeluarga babi hutan. Maka si ibu yang berenang ke arah bot tidak bertujuan untuk menaiki bot. Si ibu hanya ingin melindungi anak-anaknya.

Baca: “Ni banjir coway ke?” – [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Air Banjir Rumah Ini Jernih

Banjir Air Jernih Kelantan