in

Bagaimana Nak Hilangkan Ketagihan Nikotin?

Tembakau

Walaupun harga mahal, orang tetap akan beli rokok, tidak dinafikan ia merupakan antara satu tabiat yang paling sukar untuk perokok berhenti. Jadi, mula lah muncul satu alternatif lain iaitu rokok elektronik.

Bagaimanapun sejauh mana keberkesanan hisap elektronik? Ada kes yang melibatkan kematian bila menggunakannya, jadi ada ke alternatif lain?

 

Kematian akibat vape? 

Vape 1567834751
Gambar hiasan (sumber : berita harian)

Pernah terjadi apabila beberapa penghisap maut di Amerika Syarikat, ada yang mengalami penyakit pulmonari serius dan beberapa lagi remaja koma seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian

Ini telah mencetuskan kebimbangan orang awam terhadap penggunaan ini, pemeriksaan telah dijalankan tiada bahan campuran terlarang, namun penyiasat di New York sedang memfokus kepada pasaran gelap produk kanabis e-cigarette yang mengandungi minyak vitamin E.

Dikatakan, minyak atau bahan yang mengandungi lipid masuk ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan radang.

Walaupun kat Malaysia tak ada kes ni, tapi ia dah membimbangkan orang ramai sebab ada kajian menegaskan rokok elektronik ini tak dijamin 100% selamat. Sebab tak sesuai untuk rawat ketagih rokok, biarpun bebas kandungan kimia.

 

Alternatif lain selain rokok? .

2731882312
Sumber : google image

Bermacam-macam lain alternatif lain tau, ada saja bahan tembakau tanpa asap, yang dikatakan alternatif rokok yang selamat tu sebab bebas daripada asap.

Tapi sejujurnya lah, lebih baik korang fight sendiri rasa ketagih tu. Sebab apa? Korang pakai lah alternatif apa sekalipun pasti akan berlaku satu ketagihan lain pula.

Ketagih pada sesuatu benda ni memang tak elok!

Tenor 1

Malah, boleh mengganggu ketenteraman orang sekeliling. Seeloknya boleh je padatkan diri korang dengan aktiviti lain, ramai je yang dah cuba lebih 10 kali tapi gagal, tapi lama-lama diaorang dah berjaya.

Ya, ada je yang dah failed, tapi diaorang masih cuba lagi. Mungkin korang boleh ikut cara diaorang ni, jangan takut kalau bukan sekarang, bila lagi kan?

Jadi, jangan risau untuk cuba amalkan alternatif ini untuk jadikan diri anda #MerdekaRokok kerana ia demi kebaikan korang daripada dalaman korang dicemari dengan nikotin, lebih-lebih lagi ia ada lebih 4,000 bahan kimia terlarang termasuk tar tu.