in

“Mereka adalah kita, kami adalah satu” – Wanita New Zealand Pakai Tudung Jumaat Ini Tanda Solidariti Pada Orang Muslim di Christchurch

Muslim Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat di New Zealand nampaknya terus membuat dunia semakin mengagumi mereka apabila kali ini mereka muncul dengan satu inisiatif baru untuk menunjukkan solidariti kepada masyarakat Muslim di Christchurch.


Menerusi perkongsian di Twitter, netizen dimaklumkan bahawa wanita di New Zealand bakal memakai hijab pada Jumaat ini (22 Mac 2019) sebagai tanda solidariti kepada wanita Muslim yang terlibat dalam tembakan di Christchurch. 

 

Buka account Facebook Scarves in Solidarity 

Sehubungan dengan itu, satu akaun Facebook bernama Scarves in Solidarity juga diwujudkan dengan mempromosi pemakaian tudung pada Hari Hijab Nasional di New Zealand pada Jumaat ini.

https://www.facebook.com/Scarvesinsolidarity/videos/390295771526511/

“Kami mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan serta kesedihan atas kehilangan 50 orang ibu, ayah, kanak-kanak, teman sekerja dan rakan lepas serangan pengganas pada Jumaat lalu di Christchurch. 

“Saya dengar tentang kisah wanita yang ketakutan sorok di rumah, terlalu takut untuk keluar ke jalanan kerana dia takut tudung akan dianggap sebagai target kepada keganasan.

“Kami cuma nak cakap ‘kami bersama anda, kami mahu anda merasa seperti di rumah anda sendiri semasa di jalanan, kami cinta, sokong dan menghormati anda,” kata kumpulan ni di laman Stuff.

 

“Saya akan pakai tudung. Kepada haters yang rasa perkara ini hanya ‘a Muslim thing’, ia sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat”

Sungguhpun ada di kalangan haters yang menganggap acara memakai tudung ini adalah satu perkara yang tak perlu dilakukan dan keterlaluan, kebanyakan rakyat New Zealand sebenarnya sangat menyokong solidariti ini. 

Rata-rata tidak sabar nak mengenakan hijab dan berharap program ini dapat menyebarkan cinta dan sokongan kepada masyarakat Muslim di New Zealand.

Solidariti Nz
sumber: facebook

Admin terharu sangat dengan sokongan yang diberikan rakyat NZ sendiri terhadap Muslim di sana. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan keganasan dunia yang kian melampau.

Baca: “This made me cry… Their blood will not be wasted” – Subhanallah! Ramai Warga New Zealand Pelajari Islam Di Masjid Lepas Insiden Berdarah Christchurch

Feat 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.