“Merecik!” – Muat Naik Gambar ‘Hot’ Di Instagram, Adeline Tsen Pakai Seksi Sebab Tak Nak Nampak Tua

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai pelakon gebu dan manis dari Sabah ini, Adeline Tsen.

Baru-baru ni, Adeline telah menjadi buah mulut netizen selepas memuat naik beberapa gambarnya yang berpakaian suit putih tetapi kelihatan agak seksi sehingga menampakkan bahagian dada di Instagram

View this post on Instagram

Mood 😍 📸

A post shared by Barbie Tsen (@adelinetsen) on

 

“Saya tak nak nampak tua. Ramai tak sangka saya sudah menjengah usia 30-an kalau lihat penampilan saya” 

Susulan gambar tersebut, Adeline, 33, katanya ada alasan di sebalik caranya berpakaian begitu.

“Mungkin sekarang berat badan saya sudah banyak susut jadi membuatkan saya lebih yakin untuk memakai baju seksi untuk menghadiri majlis.

“Lagipun saya tak nak nampak tua. Ramai yang tak sangka saya sudah menjengah usia 30-an kalau melihatkan penampilan saya ini,” kata Adeline.

Adeline juga pada masa yang sama mengakui yang pakaiannya tidaklah begitu seksi dan masih menghormati majlis serta tema yang ditetapkan.

“Saya pun tak adalah nak pakai terlampau seksi sebab saya masih menghormati majlis dan ikut tema yang ditetapkan.

“Sama seperti di media sosial, saya pun berpada-pada kalau nak muat naik gambar sendiri,” katanya lagi.

 

“Jangan menilai luaran tetapi kenal dulu dengan lebih mendalam” 

Gambar-gambar yang dimuat naik Adeline ternyata mengundang pelbagai komen nakal daripada netizen.

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Adeline enggan ambil pusing dengan komen-komen tersebut kerana dia kini mengambil langkah block saja kalau ia berlebihan.

“Tak kisahlah apa orang nak kata sebab ayah saya tahu yang anaknya ini masih orang yang sama.

“Jangan menilai luaran tetapi kenal dulu dengan lebih mendalam.

“Jika ada komen yang melampau di media sosial, saya block saja. Lagipun, Instagram sekarang sudah boleh kawal komen-komen netizen,” tambahnya.

Bagi admin, terpulanglah kepada empunya diri nak gayakan diri macam mana. Yang penting dia tahu apa yang betul dan salah. 

Baca: “Nampak celah nenen” – Jasmine Suraya Kena Hentam, Netizen Kecoh Pasal Tak Pakai Coli & Nampak Lurah

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!