in

“Menyesal” – Wanita ‘Crash’ Majlis Kahwin Bekas Kekasih, Janji Nak Kurangkan Hantaran

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak lagi negara terutamanya di Asia yang masih mengekalkan budaya memberi hantaran untuk berkahwin sama ada dalam bentuk barangan mahu pun wang tunai. Kalau kat sini dua dua!



Macam di China, seorang wanita telah menerjah majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan harapan lelaki tersebut dapat mengambilnya semula.

“Saya salah, mak saya dah setuju nak kurangkan hantaran”

88Df 4934C9C36F810Eeb5Fefe3D8C1A06Da0

Menurut laporan dari Sina, pada awalnya pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, bagaimanapun ibu kepada wanita ini telah meminta wang hantaran sebanyak 660,000 RMB (RM435,000) dan enggan kurangkan.

Sebagai anak yang taat, wanita tersebut dikatakan tak berbincang mahu pun memujuk ibunya untuk kurangkan hantaran hingga menyebabkan lelaki tersebut kecewa kerana tak mampu dan mereka akhirnya membawa haluan masing-masing.

Menyesal dengan apa yang berlaku, wanita ini telah membuat keputusan untuk menerjah perkahwinan bekas kekasihnya dengan menawarkan diskaun hantaran.

Kami dah tak nak hantaran 660,000 RMB dah. Tolong ambil saya balik. Saya salah. Mak saya dah setuju nak kurangkan hantaran ke 180,000 RMB (RM118,000).”

Namun pengantin lelaki tersebut dah tetap dengan pendiriannya dan mahu berkahwin dengan kekasih barunya dan menolak wanita tersebut.

Bc77 197C09461277B64Afc906Cb3Def0B0C1

Wanita tersebut akhirnya terbaring menangis sementara majlis perkahwinan tersebut diteruskan.

Rata-rata netizen yang membaca mengenai kisah tragik ini telah mengecam tindakan ibu wanita tersebut yang meletakkan hantaran seperti mahu menjual anak. Ada juga yang mengatakan lelaki ini curang kerana terlalu mudah dapat pengganti.

Mother In Law Right Choice.png Down

Tapi dekat Malaysia pun ramai je yang alami masalah yang sama. Terpaksa putus sebab tak mampu nak beri hantaran. Ada juga yang sampai berhutang semata-mata nak kahwin dan akhirnya terduduk nak membayar.

Ibu bapa sepatutnya lebih peka dengan masalah anak-anak, yang penting adalah kehidupan lepas berkahwin bukan majlis yang gah-gah. Korang rasa macam mana?

 

Baca: Wanita ‘Crash’ Perkahwinan Bekas Kekasih Tapi Dapat Jadi Bini No. 2, Siap Dapat Restu Isteri Pertama!

Screenshot 2022 01 17 At 1.56.04 Pm

Sumber: Sina
Sumber: Sina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.