Macam mana teruk pun sikap ibu ayah kita sebelum ini, kita sebagai anak janganlah menjadi anak derhaka sehingga sanggup membuang orang yang membawa kita ke dunia ini di tepi jalan tanpa hala tuju.
Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat terbiar dalam keadaan terlantar sejak dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Artikel berkaitan: Penganggur Tunjuk Belang ‘Flying Kick’ Warga Emas Dipenjara 6 Bulan
Artikel berkaitan: Warga Emas Dibuang Di Hutan Gara-gara Suami Enggan Jaga Lepas Diserang Strok
Terbaring dengan tilam dipenuhi najis
Menurut Harian Metro, warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an itu hanya terbaring di atas sebuah tilam yang dipenuhi najis tanpa dihiraukan oleh sesiapa.
Seorang peniaga di Pasar Wakaf Che Yeh, Hasawadi Ramli, 45, berkata, warga emas tersebut dipercayai telah ditinggalkan oleh individu tak dikenali sejak lebih dua minggu lepas.
Warga emas itu ditinggalkan bersama tilam nipis yang menjadi tempat tidur dan lelaki itu juga katanya hanya mampu terlantar serta tidak boleh berbuat apa-apa.
Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak.
“Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya. Sebab lama ditinggalkan, tilamnya penuh dengan najis.
“Perkara ini membuatkan pembeli pasar ini tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar ini akan bertambah berbanding sebelum ini,” katanya.
Para peniaga juga telah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk bantu warga emas itu, tapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
Peniaga itu juga berharap ada pihak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu dalam membantu warga emas itu kerana dia tidak boleh bergerak.
Perkongsian tersebut telah mendapat banyak respon daripada netizen yang mana rata-rata memohon sesuatu dilakukan supaya warga emas itu dapat diselamatkan.
Kesiannya… harap adalah orang yang baik bantu pakcik ni.
Sumber: Harian Metro