in

Menteri Kewangan Bakal Umum Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Isnin Depan?

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkinkah i-Malap akan bertukar menjadi i-Sinar?


Menurut sumber yang rapat dengan perbincangan antara Kementerian Kewangan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengumuman pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan dibuat pada Isnin depan.

Memetik laporan dari Awani, perbincangan mengenai perkara ini masih lagi dijalankan bagi mencari cara untuk KWSP menyediakan peruntukan pengeluaran tanpa syarat.

Kementerian Kewangan nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.”

Mengikut pengiraan awal, KWSP memerlukan sebanyak RM108 bilion untuk pengeluaran ini berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat.

Isinar Kwsp

Sumber tersebut mengatkaan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.”

Selain itu, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar tanpa syarat ini.

Pun begitu, setakat ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih belum memberikan pengesahan mengenai perkara ini lagi.

 

Baca: “Jangan main2, kami berharap sangat ni” – Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati, KWSP Umum Ada Masalah Teknikal Dalam Status Permohonan i-Sinar

Screenshot 2021 02 11 At 6.05.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.