Semalam, kemungkinan besar kebanyakan daripada kita melonjak kegembiraan selepas mendapat tahu status permohonan i-Sinar KWSP kategori dua telah diluluskan.
Walau bagaimanapun, kegembiraan itu hanyalah sementara selepas KWSP mengeluarkan kenyataan pada Ahad malam memberitahu bahawa pihak mereka sedang mengalami masalah teknikal berhubung paparan status permohonan i-Sinar. Aduhai…
https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/posts/10158934173838399
Sehubungan dengan itu juga, pihak KWSP memohon maaf dan meminta para pemohon untuk menyemak semula status mereka pada pagi ini (8 Februari 2021).
“Sampai hati mempermainkan perasaan macam ni…”
Menerusi tinjauan admin di Facebook KWSP, ramai di kalangan netizen menyatakan rasa kecewa kerana selepas membuat semakan semula pada pagi ini, permohonan mereka masih dalam status proses.
Lebih menyedihkan, ada yang sudah mula merancang macam-macam perkara dengan wang yang disangka bakal diterima, namun semuanya bertukar hampa apabila mendapat tahu akan masalah teknikal yang dihadapi KWSP.
“Aku dah bagitahu orang kampung yang 10k lulus… jangan bagi malu muka”
Apa-apapun diharapkan mereka yang betul-betul memerlukan duit i-Sinar KWSP ni luluslah permohonan mereka. Kasihan baca komen-komen orang yang betul susah dan memerlukan wang untuk teruskan hidup.
Semoga KWSP tidak membuat kesilapan yang sama lagi di masa hadapan.